BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 25, 2009

~ Nikmat Tarbiyah ~

...Assalamualaikum pembuka kata...
Tarbiyah...berkumpulnya hati untuk ditarbiyah hanyalah insan yang terpilih oleh Allah..insyaAllah..InsyaAllah dengan tarbiyahnya kita kita makin dekat dengan Pencipta kita yang Maha Agung..

Jihad: bersungguh-sungguh berkorban jiwa dan raga untuk agama Allah..Fi Sabilillah

  • "Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." (9:41)

Pentingnya kita memasang niat yang betul semasa ditarbiyah..Niat nan satu..berkumpul kerana Allah..kerana ingin mendapatkan keredhaan ILLAHI..Niat itu amatlah penting...Hadith pertama..

  • Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
  • Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
  • Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمال بالنية)
(Disalin di Halaqah-Online.com)

Semua amalan yang kita lakukan bergantung kpd niat. Niat pemula bagi amal kita. Niat melakukan semata-mata mendekatkan diri kepada Pencipta kita bukan sebab-sebab yang lain.
Balasan baik atau pun sebaliknya sebanding dengan apa yang diniatkan.Jadi sama-sama lah kita meluruskan niat apabila sedang kita ditarbiyah..insyaALLAH..

Apabila berkumpulnya hati-hati yang terpilih tadi kerana Allah insyaALLAH nikmat yang dirasa amatlah terkesan dihati setiap jiwa. InsyaAllah kita akan lebih mendekati-Nya dengan amalan-amalan harian kita..Duha, Mathurat, Zikir, Tahajud, Puasa sunat dan sebagainya. Bagi ana nikmat ukhuwah itu sentiasa terkesan dalam hati ana..itu lah disebabkan hati-hati yang berkumpul tadi hanya semata-mata untuk mendapatkan keredhaan ILLAHI..insyaAllah..

  • "dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (Kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Mahaperkasa, Mahabijaksana" (8:63)
Tahajud juga adalah satu ibadah mendekatkan kita pada-Nya. Selain itu kita dapat juga pelihara hati kita agar sentiasa dalam keadaan sihat insyaALLAH..

  • " Dan pada sebahagian malam, lakukanlah salat tahajud (sebagai satu ibadah) tambahan bagimu: mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji." (17:79)
Wallahualam..

Sunday, May 24, 2009

~ Palestina Tercinta ~


MENGHARUNGI SAMUDERA KEHIDUPAN
KT IBARAT
PARA PENGEMBARA

HIDUP INI ADALAH PERJUANGAN
TIADA MASA TUK BERPANGKU TANGAN
SETIAP TITIS PELUH DAN DARAH
TAK KAN SIRNA DITELAN MASA

SEGORES LUKA DI JALAN ALLAH
KAN MENJADI
SAKSI PENGORBANAN


  • ALLAHU GHAAYATUNAA
  • AR RASULU QUDWATUNAA
  • AL-QURAN DUSTURUNAA
  • AL-JIHADU SABIILUNA
  • AL MAUTU FII SABILILLAH
  • ASMA AMAANINA

ALLAH ADALAH TUJIAN KAMI,
RASULULLAH TELADAN KAMI

AL-QURAN PEDOMAN HIDUP KAMI

JIHAD ADALAH JALAN JUANG KAMI

MATI DI JALAN ALLAH ADALAH CITA-CITA KAMI TERTINGGI


Friday, May 22, 2009

~ Wahai Manusia ~


Assalamualaikum..

Semoga dengan post pertama ana dapat sama2 kt muhasabah diri kembali kenapa kita diciptakan...mungkin ada yang mengetahui tetapi sejauh mana kita memahami?


..Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah..


Peranan manusia:


1) beribadat kepada Allah

  • "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadat kepadaKu" (51:56)

Semua makhluk yang diciptakan Allah SWT adalah untuk mengabdikan diri kpd Allah. Allah yang layak disembah. Letakkn pergantungan 100% hanya kepada Allah. Manusia skrg lebih bergantung kpd manusia untuk tujuan duniawi. Kita takut kepada manusia sehingga membenarkan kebatilan berlaku sewenang-wenangnya. Muhasabah diri kt...adakah kt meletakkan pergantungan kepada Allah sepenuhnya?

  • "Mereka menjadikan orang-orang alim (Yahudi), dan rahib-rahibnya (Nasrani) sebagai tuhan selain Allah,dan (juga) Al-Masih putra Maryam; padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada tuhan selain Dia. Mahasuci Dia dari apa yang mereka persekutukan." (9:31)

Allah berfirman supaya menyembah Tuhan Yang Esa. Kita tidak boleh mempersekutukannya. Apabila kita menghadapi masalah adakah kt terus meminta pertolongan dari-Nya? atau adakah kita trus meminta tolong dari manusia? berfikirlah sejenak tahap kebergantungan kita sebenarnya..


2) menjadi khalifah

  • "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan org yang merusak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?" Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (2:30)

Ana pasti jika ditanyakan apakah tugas manusia, ramai yang akan menjawab sebagai khalifah tp apakah itu khalifah? Ya kt sebagai manusia beragama ISLAM patut menjalankan tugas sbg Dai..melihat keadaan manusia akhir zaman ini,ana berasa sedey teramat..x bole digambarkan dgn kata2..Hanya Allah,Penciptaku yang memahami perasaan ana..Majority hanyalah insan yang hanya pada dasarnya ISLAM tetapi tidak meresapi ke jiwa mereka nilai ISLAM sebenar. ISLAM hanya dijadikan agama turun temurun..sedih melihat keadaan sebegitu..Islam itu indah jika kita mengerti..

  • "(Allah berfirman), " Wahai Dawud! Sesungguhnya engkau Kami jadikan khalifah (penguasa) di Bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah engkau mengikuti hawa nafsu,karena akan menyesatkan engkau dari jalan Allah. Sungguh, orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, karena mereka melupakan hari perhitungan". (38:26)

Jika diperhatikan manusia lebih mementingkan kepentingan duniawi..harta pangkat menjadi keutamaan.Erm..Manusia takut menentang kemungkaran untuk menjaga kepentingan duniawi..Sedarlah sehingga mana kt bole membawa segala nama harta dan pangkat..sejauh mana wahai saudara seislam yang amat ana sayangi?? di kemudian hari kt sendiri yang rugi..jangan lah kita dalam kalangan org 2 yang rugi..sesungguhnya azab Allah amat dasyat..

Bayangkan Allah menjanjikan syurga..betapa indahnya syurga..seluas langit dan bumi..janji Allah itu pasti..jangan lah mengikut nafsu..jangan lah mengikut kata2 syaitan yang sememangnya ingin menyesatkan manusia. Walaupon yang mungkar itu lebih menarik hatimu, gunakan lah kurniaan ALLAH iaitu akal fikiran untuk membezakan yg benar dan yang batil.

  • "Dan ingatlah akan karunia Allah kepadamu dan perjanjian-Nya yang telah diikatkan kepadamu, ketika kamu mengatakan, "Kami mendengar dan kami menaati. "Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Maha Mengetahui segala isi hati. "(5:7)

Selain itu..

3) memelihara alam
4) memakmurkan bumi
5) mentauhidkan Allah
6) Mengenali antara satu dengan yang lain

jika ade yang salah harap beritahu ana agar sama2 kt memperbaiki diri

Wallahualam...
Add Video