BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 25, 2009

~ Nikmat Tarbiyah ~

...Assalamualaikum pembuka kata...
Tarbiyah...berkumpulnya hati untuk ditarbiyah hanyalah insan yang terpilih oleh Allah..insyaAllah..InsyaAllah dengan tarbiyahnya kita kita makin dekat dengan Pencipta kita yang Maha Agung..

Jihad: bersungguh-sungguh berkorban jiwa dan raga untuk agama Allah..Fi Sabilillah

  • "Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." (9:41)

Pentingnya kita memasang niat yang betul semasa ditarbiyah..Niat nan satu..berkumpul kerana Allah..kerana ingin mendapatkan keredhaan ILLAHI..Niat itu amatlah penting...Hadith pertama..

  • Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
  • Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
  • Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمال بالنية)
(Disalin di Halaqah-Online.com)

Semua amalan yang kita lakukan bergantung kpd niat. Niat pemula bagi amal kita. Niat melakukan semata-mata mendekatkan diri kepada Pencipta kita bukan sebab-sebab yang lain.
Balasan baik atau pun sebaliknya sebanding dengan apa yang diniatkan.Jadi sama-sama lah kita meluruskan niat apabila sedang kita ditarbiyah..insyaALLAH..

Apabila berkumpulnya hati-hati yang terpilih tadi kerana Allah insyaALLAH nikmat yang dirasa amatlah terkesan dihati setiap jiwa. InsyaAllah kita akan lebih mendekati-Nya dengan amalan-amalan harian kita..Duha, Mathurat, Zikir, Tahajud, Puasa sunat dan sebagainya. Bagi ana nikmat ukhuwah itu sentiasa terkesan dalam hati ana..itu lah disebabkan hati-hati yang berkumpul tadi hanya semata-mata untuk mendapatkan keredhaan ILLAHI..insyaAllah..

  • "dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (Kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Mahaperkasa, Mahabijaksana" (8:63)
Tahajud juga adalah satu ibadah mendekatkan kita pada-Nya. Selain itu kita dapat juga pelihara hati kita agar sentiasa dalam keadaan sihat insyaALLAH..

  • " Dan pada sebahagian malam, lakukanlah salat tahajud (sebagai satu ibadah) tambahan bagimu: mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji." (17:79)
Wallahualam..

0 comments: