BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 10, 2009

~ Kualiti bersyukur kita ~

Assalamualaikum ..Alhamdulillah bersyukur ana terhadap Illahi kerana diluangkan masa oleh-Nya untuk menyambung penulisan ana..

insyaALLAH.
Jawatan..ana memegang jawatan sejak dari bangku sekolah. Ia bagaikan satu warisan turun temurun dlm hidup ana.. ana hanya menjalankan amanah dan kepercayaan yg diberikan oleh sahabat2 dan cikgu..

Tahun ini agak berat bg ana..ana diamanahkan memegang jawatan dlm fakulti..ttp ana juga memegang amanah plg besar yg ana perlu jaga..Tarbiyah dan Dakwah


Tiada jawatan dalam tarbiyah..ana selalu ingat akan kata-kata ini..sesungguhnya ana mengetahui sememangnya dalam dakwah ,kita tidak akan dapat memegang jawatan..tiada balasan dunia..Apa yang diharapkan balasan akhirat..
Pendorong semangat ana untuk terus dalam dakwah ini adalah janji-janji Allah..Janji Allah adalah pasti..janji manusia kita pula kena berhati-hati..Ana bersyukur kerana menjadi insan yang terpilih dalam jalan ini..Ana selalu berdoa agar ana dpt memegang kesemua amanah ana..kerana kadang2 kita sbg manusia rasa tidak mampu untuk menjalankannya..dengan adanya akhowat-akhowat, ana akan kuat semangat..jzk

  • "Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”(47:7)
Sememangnya kita patut bersyukur atas segala nikmat-Nya..Siapalah kita hendak bermegah-megah dengan kejayaan yang kita perolehi..jgn lah smpai timbulnya riak dalam diri walaupon sebesar zarah ..kadang2 kita membandingkan kepandaian kita dengan org lain padahal ianya semua milik Allah..Walaupon kita bersyukur bila timbulnya riak maka kita bukan dikira sbg bersyukur.Malah dibenci Allah.

walaupon dalam hanya masa sedetik.. disaat kt melupakannye..disaat kt melakukan larangan-Nya..Dia masih lagi mengurniakan nikmat..kt masih lagi bernafas..kt masih lagi menggunakan nikmatnye disaat kt melupakanNya.Fikir-fikirkan lah...Nasihat untuk ana dan sahabat.. Allahuakbar..
  • "Dan jka kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, Allah benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang" (An-Nahl:18)
  • "Dan sesungguhnya, telah Kami berikan hikmah kepada Lukman,yaitu,"Bersyukurlah kepada Allah!" Dan barang siapa bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barang siapa tidak bersyukur (kufur), maka sesungguhnya Allah Mahakaya, Maha Terpuji" (Luqman:12)
Barangkali kt selalu mengucapkan Alhamdulillah tp sejauh mana kualiti kita bersyukur? Adakah sekadar ungkapan..kt berdoa mengharapkan kebahagian di dunia ttp sejauh mane kt membalas kpd kejayaan yang diperolehi?

Semoga ana dan sahabat terus beristiqamah dalam kerja dakwah..i’Allah

0 comments: