BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, July 13, 2009

- Pandangan ALLAH itu lebih dari segalanya -

بسم الله الرحمن الرحيم......
Jawatan adalah perkara yang sangat sukar untuk ana menerimanya lagi. Banyak perkara berlaku akhir-akhir ini yang membuat ana rasa ingin melepaskan sahaja jawatan ana. Kalau ikutkan ana hanya memegang hanya 1 jawatan tp ada juga yang memegang lebih dari 5 ke atas jawatan. Terkejut juga ana, yang baru memegang 1 jawatan rasa diri tidak mampu lagi apa ntah lagi lebih dari 5 jawatan.

Kata-kata Hasan Al Banna sering kali di ungkapkan oleh murobbiah ana hehe katanya kerja kita lebih dari masa yang kita ada..dan baru semalam murobbiahku mengingatkn lagi..Ana tidak pernah menafikannya..tetapi ana akan lebih rasa gembira jika ana kepenatan untuk tarbiyah dan dakwah.

Walaupun niat di hati ingin melepaskan jawatan itu tetapi amanah yang diberi tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. Ana masih lagi kene menjalankan amanah tersebut . Ana masih lagi menjalankan amanah ana sebaik mungkin. Honestly ana mmg suka wat kerja sendiri sebab ana nak menjaga ikhtilat semampu ana. Bak kata kawan biarlah kita dipandang serong asalkan kita buat perkara yang benar. Allah sahaja yang Maha Mengetahui.Setiap insan ada sebab mengapa die memegang jawatan. Ana hormat pendirian masing2 dan pada yang sama ana harap antum wa antuna juga menghormati pendirian ana.

Afwan jika ada yang merasakan ana tidak membuat amanah ana sebaiknya. Ana sebagai manusia mempunyai masa dan tenaga yang sama dengan manusia yg lain. Cuma masa yang diluangkan berbeza setiap manusia. Ana telah membuat kerja sedaya upaya dan semampu ana. Jika masih ada cacat cela nya afwan kasir. Kita sebagai manusia tidak mampu untuk memberikan kerja se'perfect'nya. Apa yang kita perlu tingkatkan ialah sokongan antara satu sama lain. InsyaAllah jika berbuat kerana Allah segalanya akan lancar. Ada kalanya ana kelihatan menjauhkan diri tetapi percayalah, ana buat semua tu kerana ana hamba Allah. Ada sebab. dan ana yakin antum wa antuna tahu sebabnya. Walaupon mengerti dan mengetahui tetapi ana x kesah jika ada pihak yang tak setuju..afwan sekali lagi.

Ana hanya boleh memegang satu je jawatan yang ana tidak akan lepaskannya iaitu jawatan yang Allah bagi. Sebagai khalifah di muka bumi ini.

"Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; tetapi Allah mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu infakkan di jalan Allah niscaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dizalimi (dirugikan)" (8:60)

Menginfakkan masa, tenaga dan harta dijalan Allah adalah perkara yang perlu dilakukan bagi seorang dai. Tetapi tidak boleh dinafikan bahawa zaman ini ramai sekali yang tidak mampu menginfakkan masa. Mereka lebih sanggup meluangkan masa mereka hanya untuk belajar. Ya, memang pelajaran itu penting. Umat Islam memang dituntut untuk mencari ilmu yang bermanfaat. Tetapi adakah sehingga mengabaikan tugas kita sebagai seorang khalifah?

Ana sentiasa berhadapan dengan masalah ini. Di mana pada minggu ini sahaja banyak kes dimana umat islam sekarang sukar untuk meluangkan masa walau sekejap je untuk tarbiyah. Nikmat tarbiyah itu hanya sedikit sahaja umat islam memperolehinya. Jadi hargailah nikmat tarbiyah yang Allah berikan kpd kita. Walaupun nikmat itu telah datang kepada kita tetapi kita dengan senangnya melepaskannya. Betapa ruginya mereka ini wahai sahabtku. Manusia sanggup untuk menghabiskan masa berjam-jam untuk study ttp x boleh nak luangkan masa even 5 minit untuk hadir ke majlis ilmu.

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa apabila dikatakan kepada kamu, "Berangkatlah (untuk berperang) di jalan Allah,"kamu merasa berat dan ingin di tempatmu? Apakah kamulebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit". (9:38)

Untuk menginfakkan masa, tenaga dan harta dijalan Allah sangatlah sukar bagi mereka yang hanya mementingkan duniawi. Mungkin pada awalnya niat nya betul tetapi mungkin dicacati dengan perasaan ingin dikenali. Kadang-kadang niat akan terpesong. Hati boleh berbolak balik.

i'Allah ana luruskan niat dan ana lakukan semuanya kerana Allah. Moga ana thabat di jalan Nya. Ana kan jadi seperti ikan dilautan. Walaupon air laut masin tetapi rasa ikan masih terpelihara dari kemasinan air laut itu. Ana akan sentiasa 'menjaga' dan semoga Allah tidak membolak balikkn hati ini. Amin

WA

9 comments:

aida said...

salam.. seakan faham post ini ada kaitan ngan ana..
jwtn yg dpegang bukan kemahuan diri.. ana insaf dgn jwtn2 itu.. jwtn yg dikatakan dunia itu semoga ianya menjadi ibadah.. dan misi biah solehah harus diteruskan..
misi dakwah dan islah kpd smua masy ukm harus diteruskan.. bukan terhad pd jemaah sndiri..
kita punya matlamat yg sama.. cara yg berbeza.. xperlu berbalah ttg ini..

bukan kerna populariti.. tp kerna islam..moga sama2 tsabat dlm perjuangan ngan cara masing2..

حيفا نظيره said...

salam..afwan post ni tidak menuding jari kepada sesiapa pon..

dan rasenye tidak perlu melibatkan j ape2 pon. hope aida faham.

Umat Islam kene bersatu sbb spt yg dikatakan matlamat sama bkn bercerai berai.

HUSNUZON..

حيفا نظيره said...

Pasal berjawatan ni ana ada pendapat sendiri dan ana tahu masing2 mempunyai pendapat berbeza.

Selalunya ramai pihak yang mengatakan berjawatan adalah satu wadah untuk berdakwah. Ok xpela.pndpat masing2.

Ana berkata untuk diri ana dan dari pengalaman ana. Setakat ana memegang jawatan ni, semua tahu bahawa kita akan disibukkan dengan kerja2, program2 yang perlu dibuat. Masa kita hanya untuk siapkan kertas kerja, menunggu masa mendapat kelulusan kertas kerja dan pastu wat program. Masa untuk dakwah makin berkurang ataupon x de.


Katanya juga jawatan ni senang sebagai sumber kepercayaan org kpd kita untuk menarik pelajar join program.Adakah tanpa jawatan kita tidak boleh menegakkan islam?

Ada banyak kelemahannya. Tidak salah jika ana katakan menjaga Ikhtilat sukar untuk dilakukan jika memegang jawatan. Obviously kita lihat meeting, program, semuanya campur. Memang xde meeting yang x campur tp matlamat tidak menghalalkan cara.

Semua manusia adalah sama even berjawatan atau tidak disisi Allah. Renungkan sirah kembali, Rasulullah tidak memegang jawatan tp islam dapat dikembangkan kerana dakwah fardiyah penting iaitu dakwah dari individu ke individu.

Keikhlasan dalam mengajak hati2 yang ingin mendalami islam lebih penting dari nama dan jawatan.

Ni cuma pengalaman dari hamba Allah yang lemah dan hina yang banyak sangat kekurangan dalam diri ini.Semoga ianya menjadi ibrah untuk semua.Dan sekali lagi ana menuding jari kepada sesiapa pon.

Ana uhibbuki fillah.

WA

Anonymous said...

saya tebaca post niih,sya ada cdangan tentang apa yg awak ckap tuuh..mnjaga ikhtilat...mcmnih katakan awk tak suke p meeting sbb nk jga ikhtilat awak,ok bagus tapi mungkin akn ada kemudaratan yg lebih mungkin pd org lain kalo awk tak join meting tuuh...jadi bg saya kalo nk fikirkan sume niih fikirkan kemudaratan yg lebih tinggi dr keudaratan yg awk fikirkan...slamat berjuang

حيفا نظيره said...

Boleh jelaskan kemudaratan ape yg anda maksudkan? yela kalau yg berkata mesti org yg tahu pasal ni kan..

Anonymous said...

enti...be strong..ana doakan enti..

حيفا نظيره said...

i'Allah jzk :)

siti said...

ukhtifillah..teruskan berbuat hanya kerana Allah..walaupun banyak orang mempertikaikan apa yang kita buat tapi Allah still bersama..semoga terus istiqamah dan tsabat di jalan ni..uhibbukifillah..Allah always knows the best..

حيفا نظيره said...

syukran..insyaAllah..ana hanya mementingkan pandangan Allah dari pandangan manusia