BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 12, 2009

~ Pemilik Cintaku ~

Tiada cinta sebelum kahwin:-

renungan buat sahabat dan terutamanya diri ini

Riwayat Hakim, Ibn Asakin, al-Dailani, dan lain-lain:
Maksudnya: "Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid."

Cinta yang bertandang adalah fitrah tetapi apabila disusuli dengan perbuatan yang tidak Allah redhai, ia akan bertukar menjadi fitnah.

Seorang penyair Arab berkata:

Cinta merupakan anugerah ilahi
Pertama kali datang terlihat bak air yang tenang
Namun ketika seseorang yang bersangkutan menerjuninya
Tenggelamlah ia di dalamnya, tak tertolong lagi




  • Maksudnya: Dan wanita-wanita yang adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Surah al-Nur 24:26
Kejarlah cinta Allah. Nescaya cinta pasangan soleh turut kau miliki.

Kejarlah cinta Allah. Tanpa reda Allah cinta manusia tidak akan kau miliki dan kau pasti tidak akan bahagia.

Sia-sia segala usaha yang kau curahkan atas dasar maksiat. Ianya hanya meluputkan berkat dalam hidupmu.

Cinta sebelum perkahwinan akan menjadi tawar dan hambar. Hilanglah barakah, hilanglah kemanisan.

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agamamu, hilanglah cintaku padamu"
(Kata-kata Imam al-Nawawi)


(Rujukan dari buku Pemilik Cintaku by Fatimah Syarha)

2 comments:

umangbajik said...

SALAM... teringin nak membaca buku ini.susah nak cr kat sarawak..

حيفا نظيره said...

salam..owh di semenanjung pun kene tengok pada tempat gak..ade kedai buku yang tak ada