BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 15, 2009

~ Tarbiyah dengan Kelembutan ~


Ana baru selesai pembacaan satu article dimana ianya merupakan catatan penting dalam mentarbiyah. Semoga ana dapat berkongsi sedikit mengenainya.

Ar-Rifq iaitu kelembutan. Firman Allah dalam 3:159, lemah lembut adalah asas bermuamalah. Ianya adalah penting untuk menarik hati. Bagi ana adalah penting untuk memenangi hati supaya tidak timbul apa-apa jenis paksaan dan menyebabkan orang menjauhi kita.

Al-Ibti'adu anidzdzammi wattaa'aatubi iaitu menjauhi sikap agresif dan mencela. Sesungguhnya dakwah tidak dibangunkan di atas celaan dan cemuhan melainkan dengan Tanashuh (menjaga) dan Taghafur (memaafkan) serta Al-Irsyad bil husna (membimbing dengan cara-cara yang baik).Seharusnya kita haruslah saling hormat-menghormati antara satu sama lain dan husnuzon sesama kita. Kerana kita Umat Islam yang akan memakmurkan bumi ini. Jika baru dicuit sudah melatah erm berpecah belah la jawabnya. Semoga kita sama-sama bermuhasabah diri kembali. Kita harus saling melindungi bukan memusuhi wahai saudaraku.

At-tarbiyah Tamhid wattasywiq, tarbiyah harus dijalankan dengan perlahan bukan paksaan, dengan memunculkan kesenangan bukan ketakutan dan semua ini harus diharungi dengan SABAR kerana untuk menikmati buahnya kadang-kadang harus menunggu waktu yang lama untuk masaknya buah tersebut. Islam adalah mudah. Tidak perlu memaksa untuk mencapai target sendiri.

At-Tasyji, Motivasi dari dai. Ianya merupakan penghargaan untuk menambahkan semangat dan dorongan kepadanya untuk beramal. Kerana ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah. Ilmu yang hanya disimpan tanpa amalan tidaklah bermakna. Sebagaimana yang dilakukan Rasulullah kepada Suhaib bin Sinan Ar-Rumy yang berhijrah ke Madinah dengan meninggalkan seluruh hartanya setelah diambil seluruhnya oleh orang-orang Musyrikin dan dia hanya bisa menyelamatkan AGAMANYA, Rasulullah menyambut kedatangannya dan berkata "Rabiha Suhaib" (Beruntunglah Suhaib)

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua wahai dai

5 comments:

siti said...

salam..
jazakillah khoir ukhti atas perkongsian..
yup,btul tu tarbiyah merupakan satu proses yang perlu mengambil masa dan kesabaran..
alhamdulillah ana juga dlm proses tarbiyah..
ana suggestkan jom sama2 kita baca buku sudahkah kita tarbiyah?
buku tu mengajar ana betapa pentingnya proses tarbiyah yang baik..
semoga ukthi terus tsabat dlm jln ini..insyaallah..
asif jiddan ukhti, masa hari last sic hari tu ana terlihat ukhti menangis,tapi ana tak reti nak tegur..semoga kita tabah dalam ujian yang diberikan..

حيفا نظيره said...

salam..ana nangis ke?
owh ngn syera..erm ni kak siti ke? siti mane ye? musykil...

erm ana tym tu emosi tak terkawal..tak boleh berpisah ngn ukhti syera..klu ada masalah, klu x de ukhti syera , ana x boleh kawal perasaan ana..walaupon duduk semeja tp terasa jauh je hehe

jzk atas suggestion..jzk atas doa ukhti buat ana..

UHIBBUKI FILLAH AIDHAN YA UKHTI SITI ..

adek said...

salam.huh?

adek said...

ngengada tol la ukht ana yang sowang nhe.
t kalau u.syera dah nikah x kan nak ikot gak.
HAISH~
x leh3..

حيفا نظيره said...

ala adek jeles kan? hehe kalau sahabat akak nikah, ana x kesah pon..still leh jumpe gak kan? bole dating petang2 ke? dating kat taman permainan ke..hehe

ape la adek..jauh lg tuh..