BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, August 28, 2009

~ S.A.H.A.B.A.T ~

Assalamualaikum...rasanya hampir sebulan ana tidak post bahan2 di blog ini..Rasa rindu untuk menulis telah lama dirasa tetapi mungkin masalah diri ana tidak dapat untuk meluangkan masa berbuat demikian..afwan kepada sahabat-sahabat semua.

Kali ini ana hendak menyentuh berkenaan sahabat..Siapakah sahabat anda? hehe


“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)


Tidak dapat dinafikan, jika dikatakan sahabat merupakan tempat mengadu selepas Allah. Tempat berkongsi kegembiraan dan kedukaan. Perasaan dan hatinya dijaga seboleh-bolehnya. Tiada perasaan jemu mendengar kata-katanya dan melayan kerenahnya kerana seorang sahabat perlu menerima sahabat nya itu seadanya.Setiap nasihatnya dan tegurannya itu merupakan tanda kasih sayangnya. Subhanallah..


Seperti lirik lagu Erti Persahabatan ini :

Hembusan bayu lembut bertiup
Deru ombak yang menyusur pantai
Sayu hati bila terkenangkan
Memori indah kita bersama

Dengarkanlah lagu kutujukan
Tanda ingatan tulus buatmu
Moga abadi di sanubari
Bersemi buat selamanya

Segala yang manis pasti ada pahitnya
Begitulah jua hidup bersama
Segala yang indah jadikan hiasan
Segala yang buruk jadikan sempadan

Masih segar di ingatan ku sentiasa
Kenangan menggamit rasa
Tempuhi onak dan duri
Itulah yang diharungi
Janji yang telah kita bina
Tetap kekal dan abadi

Seandainya dugaan datang menerpa
Hingga dirimu terluka
Usah ditangis hibanya
Kerna aku bersamamu
Mengubat hati yang duka
Demi janji kita

Marilah suburkan kembali
Hubungan dengan kejujuran
Leraikan segala impian
Buktikan dengan keikhlasan
Moga persahabatan ini
Mengajar erti kehidupan
Dalam rahmat Tuhan yang Esa
Bahagia selamanya...

“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).


Cinta ku sememangnya kepada yang utamanya kepada Penciptaku seterusnya Murobbi teragung Rasulullah Saw. Sesudah itu keluarga dan SAHABAT KARIB ku..

Sangat pentingnya seorang sahabat itu berdasarkan hadith di atas. Pilihan sahabat amatlah dititikberatkan oleh Islam sendiri. Jika salah kita memilih teman maka yang buruknya jua terkena percikan kepada kita. Nauzubillah


“Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Amatlah indah dan bahagianya jika dikurniakan sahabat yang sentiasa mengingatkan kita kepada Allah

"TEMAN YANG PALING BAIK ADALAH APABILA KAMU MELIHAT WAJAHNYA, KAMU TERINGAT AKAN ALLAH, MENDENGAR KATA-KATANYA MENAMBAHKAN ILMU AGAMA, MELIHAT GERAK-GERINYA TERINGAT MATI..."

InsyaAllah persahabatan yang dijalankan dijalan Allah dan dikukuhkan lagi dengan iman dan taqwa berkekalan menuju ke syurga.

InysaAllah berikut adalah ciri-ciri sahabat yang baik :
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Semoga post ini dapat mengukuhkan lagi persahabatan kami..Amin..