BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, August 28, 2009

~ S.A.H.A.B.A.T ~

Assalamualaikum...rasanya hampir sebulan ana tidak post bahan2 di blog ini..Rasa rindu untuk menulis telah lama dirasa tetapi mungkin masalah diri ana tidak dapat untuk meluangkan masa berbuat demikian..afwan kepada sahabat-sahabat semua.

Kali ini ana hendak menyentuh berkenaan sahabat..Siapakah sahabat anda? hehe


“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)


Tidak dapat dinafikan, jika dikatakan sahabat merupakan tempat mengadu selepas Allah. Tempat berkongsi kegembiraan dan kedukaan. Perasaan dan hatinya dijaga seboleh-bolehnya. Tiada perasaan jemu mendengar kata-katanya dan melayan kerenahnya kerana seorang sahabat perlu menerima sahabat nya itu seadanya.Setiap nasihatnya dan tegurannya itu merupakan tanda kasih sayangnya. Subhanallah..


Seperti lirik lagu Erti Persahabatan ini :

Hembusan bayu lembut bertiup
Deru ombak yang menyusur pantai
Sayu hati bila terkenangkan
Memori indah kita bersama

Dengarkanlah lagu kutujukan
Tanda ingatan tulus buatmu
Moga abadi di sanubari
Bersemi buat selamanya

Segala yang manis pasti ada pahitnya
Begitulah jua hidup bersama
Segala yang indah jadikan hiasan
Segala yang buruk jadikan sempadan

Masih segar di ingatan ku sentiasa
Kenangan menggamit rasa
Tempuhi onak dan duri
Itulah yang diharungi
Janji yang telah kita bina
Tetap kekal dan abadi

Seandainya dugaan datang menerpa
Hingga dirimu terluka
Usah ditangis hibanya
Kerna aku bersamamu
Mengubat hati yang duka
Demi janji kita

Marilah suburkan kembali
Hubungan dengan kejujuran
Leraikan segala impian
Buktikan dengan keikhlasan
Moga persahabatan ini
Mengajar erti kehidupan
Dalam rahmat Tuhan yang Esa
Bahagia selamanya...

“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).


Cinta ku sememangnya kepada yang utamanya kepada Penciptaku seterusnya Murobbi teragung Rasulullah Saw. Sesudah itu keluarga dan SAHABAT KARIB ku..

Sangat pentingnya seorang sahabat itu berdasarkan hadith di atas. Pilihan sahabat amatlah dititikberatkan oleh Islam sendiri. Jika salah kita memilih teman maka yang buruknya jua terkena percikan kepada kita. Nauzubillah


“Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Amatlah indah dan bahagianya jika dikurniakan sahabat yang sentiasa mengingatkan kita kepada Allah

"TEMAN YANG PALING BAIK ADALAH APABILA KAMU MELIHAT WAJAHNYA, KAMU TERINGAT AKAN ALLAH, MENDENGAR KATA-KATANYA MENAMBAHKAN ILMU AGAMA, MELIHAT GERAK-GERINYA TERINGAT MATI..."

InsyaAllah persahabatan yang dijalankan dijalan Allah dan dikukuhkan lagi dengan iman dan taqwa berkekalan menuju ke syurga.

InysaAllah berikut adalah ciri-ciri sahabat yang baik :
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Semoga post ini dapat mengukuhkan lagi persahabatan kami..Amin..

14 comments:

inniakhofullah said...

salam ukhti~

“Tahapan ukhuwah Islamiyah ada empat, yaitu ta’aruf (saling mengenal), tafahum (saling memahami), ta’awunn (tolong-menolong), dan takaful (rela berkorban)”

nak menitis air mata membaca post ini. teringat pada sahabat kesayangan pulak.
huhu. Mungkin takdir Allah dah menetapkan kami harus berpisah. HArapnya, biar jasad saja berpisah, tapi hati kami tetap bersama.
InsyaAllah, doa rabitah penguat hati.

~bertemu dlm ketaatan
bersatu dlm perjuangan
menegakkan syariat dlm kehidupan ~

moga ukhti hifa' dan ukhti S bahagia selalu dan terus kuat dlm dakwah & tarbiyah di bawah rahmat dan kasih sayang Allah, insyaAllah.

حيفا نظيره said...

salam ukhtiku sayang...

walaupon namamu 'inniakhofullah' tetapi kata2 mu membuatkan akak taw sape kah orgnye hehe

erm pertemuan & perpisahan sudah menjadi lumrah..walaupon 'perpisahan' utk amat pahit utk diterima tetapi ingatan & kenangan terpahat di hati masing-masing insyaAllah..itulah dikatakan SAHABAT SEJATI HINGGA KE SYURGA KEKAL ABADI...insyaAllah

Adik berkenalan setahun di matrix kan? kemudiannya berpisah..akak membuat hipotesis dalam diri akak juga..akak ngn sahabat kesayangan akak berkenalan di ukm, after ukm pasti masing2 dgn haluannya TETAPI ingatlah dakwah yang akan menyatukan kembali..insyaAllah..

Subhanallah sgt indah aturan Allah kan ukhti ku sayang :)

Akak percaya, jalinan ukhuwah berdasarkan iman dan takwa..disulam kasih sayang dipagari rasa benci dan dengki, insyaAllah KEKAL SELAMANYA..

WA

adek said...

SALAM.
huwaaaa..
nanges dah.
tetiba emosional plak.
ukht inniakhofullah...lapkan air mata ana leh ukht.
haish!!
ngengada plak.
moga cintaku padamu hanya krana NYA ukhtiku sayang~
kepada u.hifa dan u.s moga terus bahagia meniti hari yang semakin singkat ini.
dan untuk pembetulan ye.
kami berkenalan di m3x x sampai setahun.
dan kami mula berkawan rapat sejurus selepas tamatnya program matrikulasi.
jadi tempoh nya sangat singkat tp penuh bermanfaat.
ukhtiku sayang..InshaAllah hatiku ini merelakan pemergianmu sayang..
b a gud da'ie there.

حيفا نظيره said...

salam ..
amboi nak manja2 plak kat blog akak ni..syukran ye adek.insyaAllah akak sgt gembira dpt sahabat mcm u.s ...gembira sama2..sedey akak sorang je..hehe sbb die yg pujuk hehe stiap hari gado hekhek.(afwan ye syg)

akak mendoakan persahabatan antuma hingga ke syurga insyaAlah

sayang antuma kerana Allah

adek said...

salam.
hehe.
kami memang begini.
jalinan kami bukan jalinan sentuh tapi tampak (pendidikan seni).hehe.
inilah kami bermanja hanya pada maya.
bertuah juga pada antuma.
moga terus sukses bersama ye.
_meniti hari sendirian_

حيفا نظيره said...

salam

maklumkan berjauhan mmg tampak kan..insyaAllah kekal selamanya.

die la kekasih hati yang satu hehe :) antuma pon sama kan...
sape yg meniti hari sendirian..akak kan ade :p

adek said...

teman..
dalam penantian..
kita kan temui..
berbagai dugaan..
tempuhi..
dan kita hayati..
apakah hikmahNYA..
yang tersembunyi..
sabarlah..
berserah padaNYA..
pengatur semesta..
seisi dunia..

_TeTaP mEnAntimu kEranaNYA ukHtIku_

حيفا نظيره said...

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

ni utk u.s hehe :)

~dari sekeping hati yg merinduimu~

حيفا نظيره said...

Rasulullah Sallahu alaihi wasallam bersabda, “Dua orang lelaki yang saling berkasih sayang antara satu sama lain kerana Allah. Mereka bertemu dan berpisah hanya kerana Allah.”

Bahkan Rasulullah Sallahu alaihi wasallam menjadikan sahabat yang soleh sebagai hadiah pemberian dan tanda yang menunjukkan Allah kasih kepada seseorang hamba. Sabda Rasulullah Sallahu alaihi wasallam, “Jika Allah mengasihi seseorang hamba, maka Dia akan berikan kepadanya seorang saudara atau sahabat yang soleh. Jika dia sudah mengingati Allah (tidak lalai), sahabatnya akan membantunya (dalam ketaatan kepada Allah) dan jika dia terlalai, sahabatnya itu akan mengingatkannya.”

adek said...

lorh untuk u.s je?
u.d x ada?
untuk u.m ke.
untuk u.k.m pon o.k gak hehe.

inniakhofullah said...

Berdialog pula antunna di sini.
Bukan nak ajak.

ok3. Kalau kak hifa dedicate kat u.s,
ana pun boleh dedicate kat ukhtiku sayang jugak~


Home Baru Populer Chord Download Link Tentang Upload Lirik

A L L Artis/Munsyid Judul Album Lirik

a . b . c . d . e . f . g . h . i . j . k . l . m . n . o . p . q . r . s . t . u . v . w . x . y . z . all


Untukmu

Munsyid : Durani

Sahabat
Dalam kabut ku tercari-cari cahaya
Akhirnya ku temui sinar ceria diraut wajahmu

Andainya alam ini mampu berkata-kata
Pastilah pujian buat dirimu
Di waktu itu akulah yg bertuah
Punya sahabat sepertimu

Sahabat
Kau bimbing la ku menuju cahaya ilahi
Sahabat
Aku lemah mangharungi ranjau dunia

Sahabat
Aku ingin seperti mu dalam ketenangan
Menghadapi hidup ini

Sahabat ku bersyukur kerna mengenali dirimu
Ku harap moga kitakan bersama
Harungi segala suka duka
Moga kejayaan milik kita
Agar hidup menuju mulia



moga cinta ini keranaNYa~

adek said...

ukhtiku..ana balas ye sayang ~

SAHABATKU
Album :
Munsyid : Devortees
http://liriknasyid.com



Dengarkan kerinduan di lautan memori
Mengintai kenangan indah
Yang menyentuh emosi
Masih segar diingatan
saat mesra berputik
Hadirmu bawa sinar cahaya impian

Sahabat,
Kau sesungguhnya
Temanku dikala suka & lara

Tikaku buntu diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan
Untuk ku ukir senyuman
Bagaikan embun hilang di terbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha yang Esa

Duhai sahabat dengarkanlah
bicara hatiku ini,
Meskipun jarak memisahkan
namun tiada noktah kasih,
Biar lama ku menentukan
nilai ukhuwwah yang terjalin,
Teruskanlah perjuangan hingga
ke titisan darah terakhir

Dan aku,
masih disini terus mendaki
puncak tertinggi hidupku...
Dan aku,
terus menanti saat yang manis
akan berulang kembali...
SAHABAT...



hee..suka hati je bermesra kat blog orang..

_selimutkan rinduku bersama malam mu ukhtiku sayang_

حيفا نظيره said...

salam..sabar je la adek2 akak ni..xpe2...

to ukht m, jaga la si adek tu btol2..hehe

to ukht adek, len kali masuk bilik kat KIY bg signal dulu.x pasal2 nmpk kami plak huhu

adek said...

KANTOIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII~
hehe..
x pe..kami faham~
hakikat orang berkaseh.