BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 15, 2009

~ MengISLAHkan DIRI ~


بسم الله الر حمن الحيم


Mengislahkan diri? perubahan diri kepada yang lebih baik... selalunya ramai yang menganggap pengislahan diri ini mungkin berlaku perubahan perangai malah fizikal..Apa yang ana perhatikan dan ana perasan la, sememangnya untuk mengislahkan diri physically mmg senang..Mengapa ana berkata sedemikian? kalau kita suruh individu yang tidak memakai tudung untuk memakai tudung labuh sememangnya susah ..tapi ana skop kan kepada individu yang mencari-cari jalan kebenaran yang ingin mengislahkan diri. Individu begini bagi ana sememangnya berupaya untuk perubahan drastik physically..

Banyak masyarakat yang menilai pengislahan physically..Alhamdulillah jika individu berjaya bermujahadah untuk menutup secara lengkap auratnya..(ana fokuskan kepada muslimah)..tp apa yang menyedihkan pengislahan yang paling penting dipandang ringan, iaitu pengislahan HATI...

Afwan la jika ana berkata salah..ini hanya lah pandangan ana. Bagi ana pengislahan hati ini sangat2 penting..Ya, tidak dinafikan juga NIAT asal individu yang ingin mengislahkan diri perlu dititik beratkan. Janganlah berubah kerana mementingkan pandangan manusia kepada kita.Tetapi pandangan Allah..Penilaian-Nya 'di luar' dan 'di dalam'. Manusia tidak tahu apa yang ada 'di dalam'.Kita boleh tipu manusia tapi kita tidak boleh menipu Allah.

Karat-karat jahiliyah masih menghiasi hati tatkala pengislahan fizikal kelihatan sempurna. Inilah yang paling menyedihkan. Subhanallah jika pengislahan diri dpt dilakukan 'di luar' dan 'di dalam' diri. Janganlah sampai kita diberi anggapan buruk oleh masyarakat dan disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga.

WA


~ Semoga umat ISLAM semakin kuat..Amin~

Wednesday, December 2, 2009

~ Persoalan ~

Persoalan : adakah al-quran @ bible hina ugama lain


بسم الله الر حمن الحيم

Assalamualaikum...Afwan kasir sekali lg kerana sudah lama blog ana sunyi dengan post-post baru.. Ana baru sahaja balik dari kampung ana di Perak. Dan setibanya ana di rumah, ana membuka blog ana kerana risau apa yang terjadi dengan blog ana sekarang :-)

InsyaAllah post kali ini ana ingin cuba untuk menjawab berdasarkan dalil-dalil Al-Quran persoalan Guest di shoutmix blog ini(mungkin tidak straight to the point ye..afwan... Oh ye, jzk kepada ukht Az-Zahra kerana menolong ana menjawab persoalan Guest semasa ketiadaan ana..Uhibbuki fillah :-)

Baiklah...kita teruskan dengan perbincangan kt insyaAllah..Al-Quran diturunkan sebagai panduan kepada manusia. Allah (pencipta kita) menurunkan Al-Quran merupakan sebuah kitab yang mempunyai perkara-perkara yang telah pun terjadi mahupun kejadian yang akan berlaku pada masa akan datang. Agama yang benar ialah ISLAM. Kitab suci agama ISLAM ialah AL-QURAN.


  • Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) ruh (Al-Quran) dengan perintah Kami. Sebelumnya engkau tidaklah mengetahui apakah Kitab (Al-Qur'an) dan apakah iman itu, tetapi Kami jadikan Al Quran itu cahaya, dengan itu Kami memberi petunjuk siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sungguh, engkau benar-benar membimbing (manusia) kepada jalan yang lurus, (42:52)

Setelah turunnya Al-Quran dan terutusnya Nabi Muhammad SAW maka kitab-kitab terdahulu itu terbatallah dengan sendirinya. Dan umat Muhammad SAW buat masa sekarang ini hanya menggunakan peraturan dan undang-undang yang tercatat dalam Al-Quran sahaja.

Kitab-kitab yang terdahulu tidak lagi boleh dipakai kerana peraturan yang tercatat di dalamnya merupakan peraturan umat dahulu kala yang sesuai ketika itu sahaja dan telah pun diubahsuai oleh orang yang berkepentingan peribadi.

Ada golongan manusia yang menerima apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW, ada juga golongan yang mengingkarinya.

  • Demi Kitab (Al-Qur'an) yang jelas. Kami menjadikan Al-Qur'an dalam bahasa Arab agar kamu mengerti. Dan sesungguhnya Al-Qur'an itu dalam Ummul Kitab (Lauh Mahfuz) di sisi Kami, benar-benar (bernilai) tinggi dan penuh hikmah. Maka apakah Kami akan berhenti menurunkan ayat-ayat (sebagai peringatan) Al-Qur'an kepadamu, karena kamu kaum yang melampaui batas? Dab betapa banyak nabi-nabi yang telah Kami utus kepada umat-umat terdahulu. Dan setiap kali seorang nabi datang kepada mereka, mereka selalu perolok-olokkannya. Karena itu, Kami binasakan orang-orang yang lebih besar kekuatannya di antara mereka dan telah berlalu contoh umat-umat terdahulu. (43:2-8)
Dan sesungguhnya kita mengetahui golongan yang meningkari ayat-ayat Allah akan menerima azab yang pedih kelak oleh Allah Yang Maha Perkasa. Jadi ...

  • Maka berpegang teguhlah engkau kepada (agama) yang telah diwahyukan kepadamu. Sungguh, engkau berada di jalan yang lurus. Dan sungguh, Al-Qur'an itu benar-benar suatu peringatan bagimu, dan kelak kamu akan diminta pertanggungjawaban. (43:43-44)
Agama Islam adalah agama yang benar. Petunjuk kepada jalan yang lurus (benar). Jalan yang diredhai Allah. Al-Quran mengandungi peringatan-peringatan kepada umat sehingga akhir zaman (hari kiamat)

  • Dan barang siapa berpaling dari pengajaran Allah Yang Maha Pengasih (Al-Quran). Kami biarkan setan (menyesatkannya) dan menjadi teman karibnya. Dan sungguh, mereka (setan-setan itu) benar-benar menghalang-halangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk. (43:36-37)

Syaitan memusuhi umat islam dan berjanji kepada Allah swt untuk menyesatkan keturunan Adam a.s sehingga akhir zaman (hari akhirat). Manusia yang mengikuti ajaran syaitan akan dijadikan teman syaitan di Jahanam.

Mari kawan-kawan kita rujuk surah 47 ayat 8 hingga 11

  • "Dan orang-orang yang kafir, maka celakalah mereka, dan Allah menghapuskan segala amalnya. yang demikian itu kerana mereka membenci apa (Al-Qur'an) yang diturunkan Allah, maka Allah menghapuskan segala amal mereka. Maka apakah mereka tidak pernah mengadakan perjalanan di Bumi, sehingga dapat memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka. Allah telah membinasakan mereka, dan bagi orang-orang kafir akan menerima (nasib) yang serupa itu. Yang demikian itu karena Allah pelindung bagi orang-orang yang beriman; sedang orang-orang kafir tidak ada pelindung bagi mereka.
Celakalah orang-orang kafir yang menolak ayat-ayat Allah. Yang mencipta tuhan mereka sendiri, yang membuat kitab dusta sendiri dan mengikutinya. Padahal azab Allah itu pasti.

Mari kita perhatikan pula surah Al-Hajj ayat 39

  • Diizinkan berperang bagi orang-orang yang diperangi, karena sesungguhnya mereka dizalimi. Dan sungguh, Allah Mahakuasa menolong mereka itu,
Persoalan ana ..Adakah kita sebgai umat islam perlu berdiam diri, berpeluk tubuh sedang saudara SEISLAM kita ditindas, dizalimi, diperangi kerana mereka menegakkan kalimah Allah? Walaupun mereka nun jauh di negara lain PALESTINA misalnya, kita di Malaysia perlu berbuat sesuatu untuk mereka.

Walaupun perjuangan kita tidak setanding mereka yang menitiskan darah suci ke bumi tetapi lebih baik kita berbuat dari berpelok tubuh dan berdiam diri.

Bukankah hadis mengatakan " tidak beriman seseorang itu jika dia tidak mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri "

Apakah caranya? Boycott...ya..ramai yang mengetahuinya tp tidak mengamalkannya..selain itu boleh juga berdakwah secara lisan ataupun dengan pena (blog/artikel)...

Pandangan Allah lebih penting dari pandangan manusia

Sekian...




Afwan ana hanya manusia yg lemah dan hina..tidaklah tggi ilmunya..sekadar menjawab persoalan 'guest' di shoutmix blog ana. Maafkan jika ada salah silap dan jika ada masukan tambahan antum wa antuna boleh respon as comment atas post tersebut . WA