BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 31, 2010

~ Rehlah Tautan HATI ~


PENGUMUMAN



Mari datang beramai-ramai..ajak kawan-kawan semua..jangan lepaskan peluangkan ini..insyaAllah ada ganjaran yang tidak ternilai dari Pencipta kita...

eh lupa pula..di UKM ye..Mari Berukhwah !!
WA

~ afwan blog tergendala sebentar ~


Assalamualaikum to all readers.. :)

Afwan kathir...Ungkapan pertama yang ana ingin perkatakan..
Akhir-akhir ini ana tidak dapat meng-update blog ana..ana berada di semester akhir di ukm..
Kebanyakkan masa berada di kelas dan lab..tapi insyaAllah juga kekal bersama akhwat-akhwat yang disayangi terutama sekali kpd sahabat kesayangan dan murobbiahku huhu (HQ-mate ana juga tidak dilupakan)..

Disini ana ingin selitkan sedikit apa yang ana buat di UKM...(ana hanya ingin berkongsi sahaja ye :)

LAB 3166
Supervisor : Dr. Farah Diba Abu Bakar



Bakul pink ditempatkan di Bilik Sejuk (suhu 4 darjah) terdiri drpd:

-Escherichia coli
-Hanseniaspora guilliermondii (yis projek akhir ana)
-Piring agar


Jadi itu sahaja gambar-gambar yang ana ingn kongsikan yang berkaitan dengan projek akhir ana..Doakan ana dan semua akhwat tahun akhir ye...

WA..

Sunday, December 5, 2010

~Sayangkan ISLAM @ Sayangkan HIBURAN?~

Assalamualaikum pembaca-pembaca blog ila mardhotillah..

Apa yang ada difikiran anda bila tajuk post ana kali ini berbunyi 'KOREA JEPUN'? Jawapannya ana ingin menulis berkenaan artis korea atau pun jepun ini..Erm ana berasa terpanggil untuk memberi sedikit masukan berkenaan ini. Ana merasakan perkara ini perlu dipandang serius kerana rata-rata kita yang menjunjung ISLAM itu sangat minat terhadap artis-artis jepun dan korea ini..Bahkan boleh ana katakan artis-artis ini menjadi idola malah pujaan hati (kononnya~)..

Lama dahulu ana ada menulis berkenaan perang pemikiran...anda ada baca? Anda sudah tahu berkenaan freemanson, illuminati bukan? Mereka-mereka ini merupakan mengikut dajjal bukan? apa anda hendak sentuh bukan apa itu freemanson..bukan apa itu illuminati tetapi apakah cara mereka untuk MENJATUHKAN umat islam? Tahu?

Tahukah??

Matlamat mereka untuk menjatuhkan umat ( kerana mereka amat membenci umat islam) bukan dengan mengkafirkan umat islam tetapi menjauhkan umat islam dengan agama islam dengan ajaran islam...kenapa?? Bagaimana??

Mereka menjauhkan umat islam daripada ajaran islam kerana dengan jauhnya kita dengan agama islam maka kita tidak akan menurut kepada perintah Allah..solat yang merupakan tiang agama semakin dilupakan..Al-Quran yang merupakan panduan hidup kita pula makin pudar dalam kehidupan seharian kita..makanya?? hidup kita tiada arah tujuan..hanya hiburan, keseronokkan duniawi sahaja..selepas itu?? Apa yang kita hendak jawab kepada Pencipta kita? Tidak takutkah dengan azab api neraka? Jika takut, apa amalan dan persediaan kita untuk berdepan dengan-Nya?

Tepuk dada tanyalah IMAN masing-masing...

Ana ingin hurai berkenaan dengan hiburan...Kita terlalu sibuk mengatakan kepada rakan-rakan kita minat si artis sana, si artis sini..Astaghfirullah..Erm ana ini takut juga untuk berkata..tetapi memandangkan blog ana ini merupakan saluran dakwah maka ana kena beramal..Majoriti yang ana selalu baca ramai yang memintai artis korea kerana kecomelan mereka (mengikut pembacaan ana maknanya ia realiti bukan anggapan semata)..ini boleh dikatakan ia berkaitan dengan masalah hati kita..hati dan iman juga berkait rapat..sepanjang masa kita asyik menonton cerita korea.Apa benefit yang kita perolehi? Adakah cerita-cerita itu mengandungi unsur-unsur yang meningkatkan iman atau unsur-unsur zina mata? Jawapannya ditangan anda. Dalam 24 jam kita asyik memutarkan lagu-lagu mereka..Hati kita perlu dihidangkan dengan 'hidangan' yang elok bukan dengan 'makanan' yang salah..Jika kita diberi makanan yang basi maka perut kita akan sakit. Begitu juga hati. Hati kita akan sakit jika kita asyik membiarkan hati kita dirosakkan dengan hiburan. Tidak kisahlah korea mahupun artis barat.

PAWAGAM..

Siapa yang tidak tahu kita tidak boleh menjejakkan kaki ke pawagam, angkat tangan?.. Baiklah siapa yang tahu dan masih beralasan kita bermuhasabah diri kembali..Siapa yang tidak tahu sila ambil tahu..Kenapa agaknya kita tidak boleh ke pawagam even kita mahu tengok cerita upin-ipin? (ini masalah yang pernah dipersoalkan oleh hamba Allah)...Tahu kenapa? kerana walaupun ceritanya tidak lah mengandungi unsur-unsur yang menimbulkan DOSA tetapi kita lihat tempatnya pula bagaimana...Tempatnya elokkah? Terangkah? Adakah semua penontonnya berakhlak mulia? (jujurlah pada diri untuk menentukan jawapannya)..

Maka jawapan bagi persoalan ana ialah umat islam tidak boleh pergi ke pawagam kerana ia tempat maksiat. Tengok movie yang bukan-bukan tu pun anda jawab la sendiri.

MOVIE OH MOVIE

Seperti yang kita sudah sedia maklum bahawa lambakan movie berlaku dengan sangat pantas. Setiap bulan bahkan mungkin setiap hari akan ada sahaja cerita baru yang akan keluar di pawagam..wah! begitu 'rajin' sekali ye penerbit-penerbit Hollywood, bollywood dll ini ye.

Inilah agenda yang dirancang oleh pemyembah-penyembah syaitan sejak dahulu lagi. Mengalirkan pandangan kita kepada hiburan sehingga masalah global, ekonomi, masalah penindasan negara islam kita tidak ambil pedulikan. Akibat kelalaian kita yang terlampau sibuk untuk mengingati artis-artis dan movie yang dikatakan best sehingga terlupanya kita terhadap saudara kita di PALESTINA.

Buka mata, Buka minda..Jangan banyak beralasan untuk kepentingan diri sehingga 'pejam mata' terhadap tanggungjawab kita sebagai umat Nabi Muhammad..Umat akhir zaman..Penyambung rantai-rantai perjuangan Nabi...


Ingat...MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA...

WA

Tuesday, November 2, 2010

~ Hati ini rasanya sungguh P.I.L.U ~

Ku tahu, aku tidaklah sempurna..

tapi bila aku terbayangkan PALESTIN.
hati menangis..air mata aku tahan untuk tidak mengalir kerana takut orang lain pelik melihatku
kenapa aku terbayangkan mereka?
mereka berjuang 24 jam demi ISLAM.
tp disini?....

Aku takut...sedih...



~akupatutbetulkandiridahulu

Saturday, October 16, 2010

~ aurat bukan hanya ada pada tudung ~


بسم الله الر حمن الر حيم
السلام عليكم


Apa khabar sahabat-sahabat yang mengikuti blog ana, afwan kasir sudah beberapa bulan tidak meng'update' blog ini..Ana memang ingin mencuri-curi masa ana, tp tidak berkesempatan untuk 'mencuri'.mungkin di atas kelemahan diri ana ini.

Niat di hati ingin berkongsi berkenaan aurat walaupun kita sudah mendengarnya sejak di bangku sekolah lagi.. Setiap orang yang bergelar ISLAM pasti sudah tahu berkenaan aurat..Ilmu masih ada didada tapi adakah kita mengamalkan ilmu yang kita tuntut atau tidak. Ada dua perkara ya disini perlu diambil BERAT.

Pertama, niat kita menuntut ilmu. Kedua, ilmu yang tidak diamalkan.
Ilmu amat dituntut dalam ISLAM.tp bukanlah ilmu yang dituntut itu semata-mata untuk menghadapi peperiksaan dan selepas itu ilmu itu dilupakan sahaja.
ISLAM menuntut umatnya untuk menuntut ilmu kerana Allah dan mengamalkannya.

"ILMU TANPA AMAL IBARAT POHON YANG TIDAK BERBUAH"

Persoalannya (secara analogi), hendakkah kita menjadi pohon yang tidak berbuah? Yang tidak mendatangkan faedah kepada sesiapa pun? Apa gunanya pohon yang tidak menghasilkan buah?
Ana ingin berkongsi satu dalil,

Firman Allah,

"Tidakkah kamu memerhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya kuat dan cabangnya (menjulang ke langit), (pohon) itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu dengan seizin Tuhannya. Dan Allah membuat perumpamaan itu untuk manusia agar mereka selalu ingat". (Ibrahim 14 :24-25)

"Dan perumpamaan kalimat yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikit pun". (Ibrahim 14:26)

"Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh (dalam kehidupan) di dunia dan di akhirat; dan Allah ,menyesatkan orang-orang zalim dan Allah berbuat apa yang Dia kehendaki". (Ibrahim 14 : 27)


Daripada empat dalil diatas analogi pohon yang baik. Akar melambangkan akidah yang kukuh dan teguh. Batang pokok pula melambangkan amalan diatas ilmu yang diperolehi. Dan buah pula melambangkan akhlak kita.

Penilaian seseorang ialah terhadap akhlaknya. Akhlaknya yang baik jika amalnya juga baik.Jika amalannya terpelihara maka akidahnya juga insyaAllah kukuh. Mari kita bermuhasabah diri.Bagaimanakah "buah" yang kita hasilkan? Adakah buah yang ranum, wangi dan segar? Ataupun sebaliknya? Jika kita merasakan "buah" kita tidak berapa elok, maka recheck kembali amalan kita.

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?
(Itu) sangatlah dibenci disisi ALLAH jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan."
(As-saff : 2-3 )

Hendakkah kita menjadi salah seorang yang dibenci oleh Allah? Maka janganlah kita berkata sesuatu kepada kawan-kawan kita walhal kita juga tatkala lupa untuk melakukannya.

Apa kaitan dengan aurat? Aurat...kita sudah tahu bagi yang muslimah auratnya meliputi seluruh anggota tubuh kecuali muka dan kedua telapak tangan..Anda tahu? Yakin anda menutup aurat? Ana hendak menegaskan menutup aurat hukumnya WAJIB. Sama seperti SOLAT FARDHU. Anda tidak menutup aurat sewenang-wenangnya tapi berasa takut hanya apabila meninggalkan solat? Apabila kita solat kita memakai telekung di mana menutup amggota badan kita seluruhnya. Selepas solat ? Terus mendedahkan aurat...Tidakkah kita takut kepada azab Allah?

Yang paling dasyat apabila remaja hari ini salah faham dengan istilah menutup aurat. Ana tanya kembali, apa yang anda paham tentang aurat? Adakah aurat hanya sekadar dikepala???

Yang berpakaian ketat, menampakkan tubuh badan..ketat atas, ketat bawah..pakai tudung..TUTUP AURAT kah??

Ana selalu terbaca orang yang mengatakan "tidak mengapa untuk bergaya asalkan menutup aurat"...Astaghfirullah...

Bukalah mata hati seluasnya..Panduan umat ISLAM ialah Al-Quran..Al-Quran meliputi semua perkara..Baca dan fahamilah..bukan Baca (mengaji tanpa melihat makna) dan tutup dan simpan..


Perhatikan lah..

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka (sanggul/fesyen rambut) bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat muslim no. 3971).

Dalam riwayat Imam Malik, ada sambungan hadis ini iaitu: “....Bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan.” (Al-Muwatta’, no. 1421)


"Wanita yang berpakaian tetapi telanjang"....maksudnya berpakaian tetapi menampakkan bentuk tubuh badan. Hendakkah kita menjadi salah seorang daripada golongan di tas? Tepuk dada tanyalah iman.

Kita tidak disuruh oleh Allah untuk berpakaian sebegitu, bukankah Allah telah berfirman,

“Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, “hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun Maha Penyayang”. (Al-Ahzab : 59)


Ini yang dituntut ISLAM wahai muslimah akhir zaman...Bukannya memakai dress atau memakai top yang tidak berlengan kemudian memakai inner..Inilah yang ana selalu nampak..Ini tidak dituntut dalam ISLAM..ini bukan fesyen seorang muslimah..


Semoga post kali ini dapat membuka mata yang bergelar muslimah..pakailah seperti seorang muslimah yang sebenarnya..Jangan membuat kenyataan yang salah.. Jadikanlah Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan bukan hawa nafsu semata.

Bertaubatlah sebelum terlambat. Kita tidak tahu bilakah ajal kita. Apabila tibanya masa itu, tiada jalan untuk kita berpatah balik...

Yang buruk datangnya dari ana sendiri, dan yang baik datangnya dari Allah...


WA


Monday, September 27, 2010

~ Sirah Muzikal PEMBINA ~



Sirah Muzikal - Merentas Kegemilangan Islam

Maka, atas kesedaran ini Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Shah Alam Klang akan menganjurkan Sirah Muzikal 2010 sebagai alternatif hiburan santai yang menjaga batasan syariat, serta digabungkan dengan elemen pendidikan iaitu penyampaian sejarah perkembangan tamadun Islam yang pernah menguasai dunia sehinggalah empayar kerajaan Islam terakhir jatuh pada tahun 1924.

Ungkapan cendekiawan ada berbunyi ‘Satu bangsa yang lupa akan sejarahnya bukanlah satu bangsa yang berjaya’.

Selain itu, program ini juga merupakan salah satu projek untuk mengumpul dana bagi pembinaan Sekolah Tahfiz Bayu Syahadah di Kampung Bitoon, Ranau, Sabah di bawah kelolalaan Saudara Nazrey Johani, yang juga merupakan penggiat seni nasyid tanahair.

Dana yang diperlukan adalah sebanyak RM15 juta dan tempoh kutipan dana adalah bermula 2 Julai 2010 sehingga 2 Julai 2012 dengan perakuan dan sokongan dari Jabatan Agama Islam Negeri Sabah. Seperti yang kita maklum, keperluan sekolah agama di Sabah amatlah meruncing dan jumlah yang sedia ada masih amat kecil jika dibandingkan dengan keperluan ummat Islam di sana.

Friday, September 24, 2010

~ FIT & FABULOUS CARNIVAL DAN JAMUAN RAYA anjuran: PEMBINA, Bangi ~


Assalamualaikum kepada followers dan pembaca setia blog ila mardhotillah...


Ingin di war-warkan kepada sahabat-sahabat berkenaan tajuk post ana kali ini...(agak-agak dah baca tajuk tentu dah faham kan huhu)..

PEMBINA (Persatuan Belia Islam Nasional) cawangan Bangi akan mengadakan program FIT & FABULOUS CARNIVAL DAN JAMUAN RAYA..

Ini merupakan program khas untuk muslimat (mahasiswi) sahaja.

Tarikh : 25 SEPT. 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8AM-4PM
Tempat : Dewan Serbaguna BBB Seksyen 7, Bangi..

Aktiviti-aktiviti menarik adalah seperti berikut :
-Forum
-Fabulous ISLAMIC fashion show
-Pemeriksaan kesihatan
- dan BANYAK lagi.

PERCUMA untuk SEMUA MAHASISWI IPT..

Isikan hujung minggu anda dengan perkara-perkara yang bermanfaat..Jemput datang beramai-ramai...

Monday, August 23, 2010

~ RENUNGAN ~

Tiba-tiba rasa nak letak wallpaper SH ni..ok selamat berbuka seluruh umat ISLAM....

Friday, August 6, 2010

~ Husnuzon lah kamu terhadap kami ~


بسم الله الر حمن الر حيم

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



Luahan Hati aka Curhat...

Apa yang kamu fikirkan..ia bukannya kami...
Apa yang kamu rasa..bertanyalah jika tidak tahu...
Apa yang kamu tidak suka...betulkanlah bukan biarkan...

Wahai kamu yang ditarbiyah..husnuzonlah kamu..
Wahai rakan seperjuang kami..husnuzonlah kamu..

Bersangka baiklah kamu terhadap kami..
Setiap perkara yang kami buat insyaAllah ada alasannya..

Bertanyalah jika tidak tahu..agar tidak mengundang fitnah..
agar tidak memberi pintu kepada syaitan yang durjana untuk menebuk lubang-lubang di hati kita..

Terima kasih kepada yang bertanya...
Semoga si dia mendapat hidayah-Nya..
untuk ISLAM...

Ku maafkan kamu wahai saudara seislamku..
agar kelak kamu akan lebih mengerti..



"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu DOSA, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada diantara kamu yang menggunjng sebahagian yang lain. Apakah ada diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan brtaqwalah kepada Allah, Sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang"(49:12)


WA



Hifa kuat!

Thursday, July 1, 2010

~ Tragedi 31 Mei..bakar semangat JIHAD ~


بسم الله الر حمن الر حيم

السلام عليكم

InsyaAllah post kali ini ana ingin berkongsi dengan rakan-rakan berkenaan tajuk ''sifat bangsa yahudi dalam al-Quran'' dimana ana ambil dari suratkhabar utusan (mega) bahagian agama. Dah lama ana simpan keratan akhbar itu tapi tidak berkesempatan untuk menulisnya. Dan ana rasa eloklah kiranya ana berkongsi dengan rakan-rakan yang mana tidak melanggan suratkhabar utusan atau pun melanggan tapi tidak membaca lagi.



Sifat bangsa yahudi mengikut al-Quran

~ Keras Hati dan Zalim

(al-Baqarah:75,91,93,120,145)
(an-Nisa':160)
(al-maidah : 41)

~ Kebanyakan fasik dan sedikit beriman kepada Allah swt

(ali-'imran : 110)
( an-Nisa' :55 )

~ Musuh yang paling bahaya bagi orang-orang Islam

(al-Maidah :82)

~ Amat mengetahui kekuatan dan kelemahan orang-orang islam seperti mereka mengenal anak mereka sendiri

( al-An'am :20)

~ Mengubah dan memutarbelitkan kebenaran

(al-baqarah:75,91,101,140,145,211)
(ali-'imran:71,78,)
(an-Nisa':46)
(al-Maidah:41)

~ Menyembunyikan bukti kebenaran

(al-Baqarah:76,101,120,146)
(ali-'imran : 71)


~ Hanya menerima perkara-perkara atau kebenaran yang dapat memenuhi citarasa atau nafsu mereka

(al-Baqarah:87,101,120,146)
(al-Maidah:41)

~ Ingkar dan tidak dapat menerima keterangan dan kebenaran al-Quran

(al-Baqarah:91,99)
(ali-'imran:70)

~ Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran, membisukan diri untuk mengucapkan perkara yang benar, membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran

(al-Baqarah:171)

~Mempercampuradukkan yang benar dan yang salah, yang hak dan yang batil

(al-'imran:71)

~ Berpura-pura mendukung orang islam tetapi apabila ada di belakang orang-orang islam, mereka mengutuk dengan sekeras-kerasnya

(al-baqarah:76)
(ali-'imran:72:119)

~ Hati mereka sudah tertutup akan islam kerana dilaknat oleh Allah swt yang disebabkan oleh kekufuran mereka sendiri

(al-Baqarah:88,120,145,146)

~ Kuat berpegang pada rasa kebangsaan mereka dan mengatakan bahawa mereka adalah bangsa yang istimewa yang dipilih oleh Tuhan dan menyakini agama yang selain Yahudi adalah salah

(al-Baqarah:94,111,113,120,135,145)
(al-Maidah:18)

~ Tidak akan ada kebaikan untuk seluruh manusia jika mereka memimpin

(an-Nisa':53)

~ Tidak suka, dengki, iri hati terhadap orang-orang islam

(al-Baqarah:90,105,109,120)

~ Mencintai kemewahan dan kehidupan dunia, bersifat tamak dan rakus, menginginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan serta takut akan kematian

(al-Baqarah:90,95,96,212)

~ Berkata bohong, mengingkari janji dan melampaui batas

(al-Baqarah:100,246,249)
(ali-'Imran: 183,184)
(an-Nisa':46)

~Berlindung disebalik mulut yang manis dan perkataan yang baik

(al-Baqarah:204,246)
(ali-'imran:72)
(an-Nisa':46)

~ Mengada-adakan perkara dusta dan menyukainya

(ali-imran:24,94,183,184)
(al-Maidah:41)

~ Berlaku sombong dan memandang rendah terhadap orang-orang islam

(al-Baqarah:206,212,247)



Daripada ayat-ayat di atas kebanyakannya penulis artikel hanya memilih dalil-dalil dari surah 2 hingga 5. Banyak lagi di dalam al-Quran, pada surah-surah yang lain berkenaan sifat-sifat kaum yahudi ini. Bacalah al-Quran dengan tadabburnya sekali satu persatu agar lebih memahami.

Sifat-sifat kaun yahudi di atas mungkin ada sedikit sebanyak yang ada pada diri umat islam sendiri..maka jauhkanlah dari sifat-sifat yahudi laknatullah ini kerana kita berpegang pada agama ISLAM yang suci.

WA

Thursday, June 17, 2010

~ SH Arts ~

Afwan..ana telah memindahkan semua SH Arts di Tab SH arts..Sila dapatkan di page ''Wallpaper @ SH Arts''


jzk

~ al-Aqsa ~



بسم الله الر حمن الر حيم

السلام عليكم

Apa khabar anda hari ini? Semoga sentiasa dibawah payung rahmat-Nya insyaAllah..

Tahu anda rupa masjid al-Aqsa? atau tahukah anda apa itu Kubah Batu (Dome Of the Rock)? Mengikut gambar yang ana letakkan di atas, kubah batu berwarna emas. Manakala Masjid al-Aqsa,kubahnya berwarna biru pekat.

InsyaAllah ana ingin berkongsi apa yang ana tahu melalui pembacaan ana di blog ini.

Wahai umat Islam..tahukah anda tentang muslihat yahudi laknatullah ini? Sebelum ini ana ada mengupas tentang muslihat yahudi laknatullah untuk merosakkan umat islam. Lebih-lebih lagi kepada anak muda. Tapi muslihat itu tidak berhenti disitu malah masih banyak, terlampau banyak helah mereka kerana kebencian mereka terhadap agama Allah ini.
Ketahuilah bahawa masjid Al-Aqsa merupakan kiblat pertama umat Islam sebelum ditukar kepada Kaabah atas perintah Allah SWT.



Pembohongan Yahudi Laknatullah

Yahudi laknatullah membuat pembohongan besar kepada dunia dengan mengelirukan umat islam (generasi sekarang) dengan mengatakan bahawa Kubah Batu itu merupakan Masjid Al-Aqsa.

Mereka menyebarkan gambar Kubah Batu sebagai Masjid Al-Aqsa dengan luas.

Apabila umat islam terkeliru malah ada yang tidak tahu lalu mempercayai bulat-bulat bahawa Kubah Batu tersebut merupakan Masjid Al-Aqsa maka semakin mudahlah mereka meneruskan rancangan jahat mereka yang telah dirancang sejak dahulu lagi iaitu untuk melenyapkan masjid suci tersebut.


Matlamat Yahudi Laknatullah

Mereka ingin menguasai masjid berkenaan dengan merobohkannya apabila umat Islam tidak mengetahui Masjid Al-Aqsa yang sebenar. Mereka ingin menggantikan masjid itu dan mendirikan Solomon Temple (Kuil Sulaiman) pada tapak masjid.

Mereka menyakini dalam Kitab Perjanjian Lama (Taurat) bahawa akan datang Al-Masih (Dewa penolong yahudi , Messiah) apabila mereka mengadakan ritual agama di Solomon Temple itu.

Aktiviti mereka di bawah masjid Al-Aqsa

Rejim Zionis kini kiat menjalankan kerja-kerja penggalian terowong di bawah masjid tersebut. Kerja-kerja penggalian itu menyebabkan keretakan yang teruk di dinding-dinding masjid. Hanya menunggu untuk roboh. Kerja-kerja mengorek dilakukan rejim Yahudi sejak 1967 lagi. Pada saat itu adakah sudah terlewat untuk umat Islam menyelamatkan masjid suci ?

Sejak tahun 1967 hingga sekarang proses mengorek telah melalui lebih 10 peringkat yang dilakukan secara aktif tetapi tertutup.

Ya Allah..lindungilah masjid al-Aqsa..lindungilah para pejuang Islam....

Walaupun berkali-kali cubaan Yahudi Laknatullah untuk menghancurkan masjid Al-Aqsa, orang Islam di Quds dan Palestine tidak pernah berundur.biarpun hanya bersenjatakan batu-batu di tepi jalan...biarlah nyawa terkorban demi menegakkan agama Islam dan demi kecintaan kepada Allah..Allahuakbar!

WA







video

Sunday, May 23, 2010

~ Meluahkan perasaan~

I HATE FACEBOOK..BOYCOTT FACEBOOK..


afwan..ana luahkan dulu..ana akan explain kenapa kat post baru..

Saturday, May 8, 2010

~ Revolusi Hati.. ~


بسم الله الر حمن الر حيم

السلام عليكم

Ana suka untuk memulakan dengan firman Allah yang berbunyi,

'' Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di bumi. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerusakan.'' (28:77)

Semua yang kita ada adalah milik Allah..duit, pangkat, harta benda semuanya dari-Nya. Ramai yang terlupa dari mana datangnya nikmat-nikmat yang melimpah-ruah kepada mereka.Seolah-olah semua itu datangnya dari mereka sendiri. Malah sehingga terlupa akan Penciptanya yang seolah-olah dunia ini selamanya dan seolah-olah dirinya hidup dan tidak akan mati.

Al-Habib Munzir Al-Musawa..Final Kehidupan..

Namun tujuan adalah satu iaitu saat berjumpa dengan Allah.. berakhir seluruh apa yang kita lewati. Dari kehidupan dunia kepada tujuan tunggalnya iaitu berjumpa dengan Allah.

Ingatlah, akan datang suatu saat bibir kita tidak akan bergetar menyebut nama Allah.
Di saat itu kita diturunkan ke dalam kubur kita dan wajah kita di buka dan di ciumkan ke tembok kubur kita, lalu kita dikuburkan dan ditinggal oleh semua kerabat

...dan di saat itu tidak ada kekasih,
...di saat itu tidak ada jawatan,
...di saat itu tidak ada harta,
...kita sendiri.

...Di saat itu beruntunglah mereka yang selalu berzikir,
...yang mengingat Allah dan Allah mengingatnya,
...yang merindukan Allah, Allah merindukannya.

Dialah Yang Maha Baik, Yang Maha Mulia...Setelah kita diberi kehidupan, diberi jasad, Lantas Allah meminjamkan pula dunia ini beserta isinya, meminjamkan matahari, meminjamkan bulan, meminjamkan daratan, meminjamkan haiwan dan tumbuhan, meminjamkan air dan lautan, yang kesemuanya adalah milik Allah. Kita tidak menyewanya, tidak pula membelinya. Tidak pula berdoa untuk meminjamnya. Allah yang memberinya sebelum kita meminta..

Jangan tahan lidahmu menyebut nama Allah...Jangan berat menyebut nama Allah...Dosa apa yang membuat kita berat menyebut nama Allah?

  • Dunia adalah ladang di akhirat. Apa yang disemai di dunia, hasilnya akan diperlihatkan di akhirat.
  • Sesungguhnya amanah yang ada adalah lebih banyak dari masa yang diberi, Jika tidak sibukkan diri dengan kebenaran, maka kebatilan akan menyibukkan kita.

''Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah, ''Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya). '' Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu (kebenaran) sampai kepadamu, tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari Allah.'' (2:120)


Sedang orang-orang kafir merancang untuk menyesatkan umat islam, kita pula sibuk dengan hiburan, sibuk dengan kemewahan, sibuk dengan mencari populariti, sibuk dengan fesyen..
Dedahkan aurat, tidak menjaga ikhtilat, bebas bergaul dengan yang bukan muhrim..

Bagaimanakah dengan perintah Allah?

Sedarlah..

Mereka sedang bertepuk tangan dan bersorak gembira melihat umat islam yang semakin jauh dengan pegangan agamanya..Untuk apa? Untuk dijadikan peneman syaitan yang tidak mahu sujud kepada Nabi Adam di neraka yang menyala-nyala..

Kita mengaku kita islam tetapi lihatlah..nilailah..apakah penuh solat fardhu yang diwajibkan oleh-Nya? Adakah selalu kita mengingati-Nya dengan berzikir? Bilakah kali terakhir kita membaca dan memahami kitab Al-Quran? dan...Adakah kita berpegang kepada Al-Quran dan As-sunnah?

Janganlah sampai hati kita menjadi hitam..Al-Quran dijadikan perhiasan semata-mata di atas meja dan di rak-rak tanpa rasa bersalah..Sehari kita meninggalkan Al-Quran, 7hari Al-Quran meninggalkan kita..Padahal Al-Quran itu adalah mukjizat..Al-Quran akan menolong kita diakhirat kelak..Ada satu article yang ana baca, seorang huffaz mengatakan ' Jika kita tidak melupakan Al-Quran, maka Al-Quran tidak melupakan kita'.

Jagalah hati..Baiknya hati kita maka baiklah akhlak kita. Kotornya hati kita maka buruklah akhlak kita.

Janganlah mengotorkan hati dengan perkara-perkara maksiat..melihat atau mendengar hiburan yang lagha akan merosakkan hati..apa yang kita lihat akan memberi effect kepada hati..begitu juga ikhtilat. Hati juga akan rosak jika kita melakukan maksiat hati, maksiat mata. Apa entah lagi jika bercouple. Dan jangan salah tafsir kepada orang yang tidak bercouple. Walaupun ada segelintir yang tidak suka bercouple tetapi pergaulan tetap tidak dijaga. ''Hati-hati menjaga hati''

Bertaubatlah sebelum terlambat..Jagalah iman..Jangan membenci majlis-majlis ilmu..Berkawanlah dengan sahabat yang soleh..kita tidak tahu bila kita akan menghembuskan nafas kita yang terakhir..Apa yang kita nak jawab dengan Pencipta kita kelak...fikir-fikirkanlah..

WA

Wednesday, May 5, 2010

~ Peningkatan usiaku ~




بسم الله الر حمن الرحيم

...السلام عليكم

Hari ini genap umurku 21 tahun..5 mei 1989 pukul 5.55pm ana dilahirkan..rasa seperti tidak percaya dan lebih 20 tahun umur ana..Rasa tak percaya tangan ana dah besar macam tangan orang dewasa (akibat peningkatan umur ye, bukan akibat peningkatan lemak hehe)

Apa yang ana dah buat selama 21 tahun ana dilahirkan di bumi ini? Apakah sumbanganku untuk islam? cukupkah amalanku untuk dibawa ke hari perhitungan?


Terfikir ana akan firman Allah,

''Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan.Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, sehingga Allah menjadikan mereka lupa akan diri sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik.'' (59:18-19)

Apa tujuan kita hidup? mestilah kerana Allah bukan? Semuanya yang kita lakukan mestilah kerana Allah. Belajar ke, tidur ke, bekerja ke, semuanya kerana Allah. Dalam sehari kita bekerja, menjelangnya malam kita perlu muhasabah diri apa yang kita lakukan sepanjang hari. Baikkah atau burukkah amalan kita?

Jika sepanjang hari itu kurangnya amalan kita untuk bekalan ke akhirat kelak, kita berdoa supaya esok adalah lebih baik daripada hari ini..Kita berdoa apabila kita solat malam (tahajud) atau solat duha agar hari ini lebih baik dari semalam. Ana yakin, insyaAllah akan dipermudahkan oleh Allah.Bukankah Allah MahaPenyayang..

Jika kita sedar sepanjang hari itu,kita melakukan banyak dosa, ingatlah firman Allah,

'' Tetapi barang siapa bertaubat setelah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang'' (5:39)

Jika kita sedar kita melakukan dosa, segeralah meminta ampun dari-Nya dan bertaubatlah. Janganlah kita menangguh-nangguhkan taubat sehingga hati menjadi gelap dan hitam. Hati yang telah menjadi gelap sukar untuk dibersihkan kembali.

'' Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambahkan penyakitnya itu; dan mereka mendapat azab yang pedih, karena mereka berdusta.'' (2:10)

Janganlah kita dalam kalangan orang yang mengaku beriman kepada Allah tetapi tidak melakukan perintah Allah. Kita tahu akan dosa dan pekerjaan yang dimurkai Allah tetapi kita melakukannya kerana nafsu, harta dan hasutan syaitan.Jangan kerana duniawi kita lupa dan ketepikan dosa yang bakal tercatat dalam buku yang akan dibawa untuk dihisab.

'' Dan janganlah kamu campuradukkan kebenaran dengan kebatilan dan (janganlah) kamu sembunyikan kebenaran, sedangkan kamu mengetahuinya.''(2:42)

Sama-samalah kita fikirkan apa yang telah kita lakukan sebagai khalifah di bumi ini..Adakah kita lakukan untuk diri kita sendiri segala amalan kita ataupun untuk umat Islam.

Walaupun ana tak suka anime tapi wallpaper ni dh dalam bentuk islamik..so ana jadi suka


WA

After ayah balik kerja je, ayah panggil turun..tengok2 ada kek dan KFC Combo.
Macam tau2 je anak dia teringin kek dengan ayam..
Jzk ayah!

p/s:tapi ayah sudah lupa umur anak dia..anak die tua lagi..21 tahun bukan 20 tahun hehe
xpe2..dimaafkan..

Monday, April 26, 2010

~ jejak titik noktah sem 4 ~

Assalamualaikum..

Tajuk post yang simple (ana rasa). Alhamdulillah ana baru selesai paper terakhir pada pukul 10.30 pagi tadi 26 April 2010.

Habis paper terakhir ana berfikir 'sedikit' negatif...Ana 'sms' sahabat ana mengatakan tentang apa yang ana fikir. Alhamdulillah sahabat ana memberi nasihat yang positif untuk memadamkan fikiran negatif ana hehe. (selalunya ana yang positif sangat)

Apa yang ana hendak katakan, selepas kita sudah berusaha, exam pun dah lepas. Makanya sekarang kita perlu bertawakal..kita dah tahu kan, jadi praktikkan lah..

''Ilmu tanpa amal kan ibarat pohon yang tak berbuah''

Kita mmg sudah banyak sangat ilmu yang kita tahu tapi susah kita nak amalkan kan..
Jika kita dapat ilmu cuba praktikkan supaya ilmu itu lebih bermakna...sekian



Ya Allah, permudahkanlah urusan ku dan sahabatku. Semoga usaha kami di jalan-Mu

Saturday, April 17, 2010

~ Sujud CINTAku ~



بسم الله الر حمن الر حيم

Tarbiyah diri ini tidak pernah dan tidak akan berakhir...langkah ku sentiasa dibuka dan sentiasa terus-menerus الى مرضات الله . Pencarian yang tiada noktahnya...

Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.

Friday, April 16, 2010

~ EXAMINATION ~



بسم الله الر حمن الر حيم

Assalamualaikum...

Ana ingin membuat post berkenaan peperiksaan sebelum bermulanya peperiksaan tetapi tidak sempat pula disebabkan ingin mentelaah subjek teknologi dna rekombinan 2, amali biokimia dan teknologi rekombinan 1 yang berderet tanpa 'gap' ..

Setelah selesainya 3 'papers' ini baru lah ana berkesempatan untuk menaip entry kali ini.. Kalau ikutkan perancangan ana ingin mentelaah malam ini tetapi disebabkan 'mood' ana yang tidak tahu kenapa rasa seperti ingin menangis, ana ingin memujuk diri dengan menaip di blog ana ini.

Pertama sekali ana ingin mengucapkan selamat berjaya kepada siswazah dan pra-siswazah yang masih lagi menghadapi peperiksaan akhir. Semoga antum wal antunna berjaya di akhirat serta di dunia.

Persoalan ana untuk rakan-rakan sekalian..

Mengapa anda menuntut ilmu?

Mungkin........

  • Ada yang ingin belajar bersungguh disebabkan ingin mendapatkan result yang baik (malah ingin mendapatkan DL atau 4.00)
  • kerana ingin membalas jasa ibubapa
  • Ingin berlumba dengan rakan-rakan (perlumbaan yang positif)
  • Hendak mendapatkan scholarship JPA,MARA etc.
  • dan sebagainya.....
Erm mungkin assumption ana ni 90% adalah jawapan kebanyakan siswazah. Tidak salah jika rakan-rakan ingin belajar kerana niat-niat seperti yang ana sebutkan tetapi anda cuma tertinggal sesuatu...

Semoga niat antum wal antunna yang paling atas ialah kerana الله...Jika bukan, betulkan niat rakan-rakan..

Ya..Pencipta kita..apa-apa pun pekerjaan yang kita lakukan semuanya kerana Allah..Semuanya kerana ...الى مرضات الله... (mencari redha Allah)

Kenapa? seperti yang ana pernah katakan..Jika niat kita untuk sesuatu pekerjaan kerana Allah, insyaAllah akan mendapat keberkatan dari-Nya..Bukan kah belajar itu suatu ibadah..Dalam islam juga kita dituntut untuk mencari ilmu..maka, niat kita haruslah betul..Jika niat kita salah, maka kita tidak akan mendapat apa-apa melainkan result yang baik.

Mungkin kita akan gembira jika result kita baik..tetapi jika result kita tidak seperti yang kita mahukan kita mulalah mengeluh..Itulah bezanya..jika kita memasang niat yang betul insyaAllah kita akan sentiasa bersyukur denga rezeki yang Allah berikan kepada kita.

Bukankan Allah akan mempermudahkan urusan hamba-hambanya jika niat untuk sesuatu yang kita lakukan adalah baik..dan yang paling penting kerana Allah..

Niat amatlah memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita. Salahnya niat maka kesannya akan nampak kemudian..

Akhir kata, semoga kita hamba-Nya menuntut ilmu kerana Allah dan insyaAllah Allah akan permudahkan niat kita yang lain-lain..

Wednesday, February 10, 2010

~ C.I.N.T.A ~

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.
Tajuk post kali ini umum sahaja. Ana terdetik untuk menulis berkenaan dengan CINTA ini kerana ana ingin berkongsi pendapat ana berkenaan CINTA berdasarkan pengalaman orang-orang disekeliling ana. Bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi untuk menasihati diri dahulu. Kerana ana hanya hamba Allah yang hina. InsyaAllah ada ibrahnya untuk ana dan sahabat semua.

Pernah satu ketika dahulu murobbiah ana menanyakan.'100% bahagian hati kita, berapa bahagian kita letakkan untuk Allah?'..Rakan-rakan yang lain menjawab 100% setelah berfikir sejenak.Ana mengambil masa yang lama untuk memberikan jawapan.Bukan apa, dalam fikiran ana, Ibu bapa yang teratas tetapi dalam masa yang sama ana juga ingin meletakkan Allah juga ditangga yang sama.Tapi ana fikir 'macam tak boleh je meletakkan ibu bapa sama tangganya dengan Allah'..Jadi ana konfius untuk memberikan jawapan.Akhirnya ana menjawab 50% ibu bapa, 50% Allah (dalam keadaan yang tidak berapa yakin ana menjawab kepada murobbiah).Akhirnya murobbiah ana menjawab 'kita kena meletakkan 100% cinta kita kepada Allah maka insyaAllah cinta yang lain (ibu bapa, keluarga, sahabat,rakan-rakan etc.) akan kita perolehi'.

Ana yakin jika ana bertanya kepada kenalan ana 'cinta awk yang paling tinggi kat siapa?'.Semestinya ramai yang menjawab الله .Mungkin ia jawapan bagi orang yang ada ilmunya berkenaan agama. Tetapi apa yang menyedihkan ana, ia berlaku sebaliknya. Ana pasti orang-orang yang sudah ditarbiyah dan ada ilmunya faham dan mengerti cinta manusia. Ana takut untuk menjadi seperti yang dikatakan seperti dalam surah As-saff ayat 2-3. Dan ana juga risau jika orang-orang yang ditarbiyah mempunyai masalah hati walaupun sudah menjadi naqib/naqibah,murobbi/murobbiah, walaupun sudah menerima pendidikan di sekolah-sekolah agama...

Mungkin masalah remaja zaman sekarang ialah suka ber'couple'. tetapi yang mengetahui hukum ber'couple' menjauhi 'perkataan' couple bahkan menggantikannya dengan ayat-ayat yang lain. Jika diperhatikan sebenarnya sama sahaja dengan remaja yang bercouple cuma tidak dating. Sudah biasa kan dengar ''kami tak couple macam pasangan kekasih yang lain'' atau juga mereka menggunakan istilah couple islamik. Padahal ramai yang mengetahui tiada couple islamik dalam islam.

Mungkin segelintir mereka ini lebih memilih untuk berhubung menggunakan SMS (khidmat pesanan ringkas), mungkin juga suka ber''chatting'' di YM atau MSN atau Skype dengan orang yang bukan muhrim. Inilah dikatakan masalah hati. Yang benar sudah diketahui tetapi mengamalkan tidak sekali. Mereka lebih tertarik untuk melakukan maksiat (maksiat hati) padahal mengetahui kebenarannya. Renungilah surah al-Maidah ayat 100..

Ada juga yang tinggi sedikit ilmu agamanya yang mengambilkan cara untuk jarang berSMS dengan yang bukan muhrim (mungkin tidak setiap hari tetapi dalam jarak masa tertentu) . Apa yang ana dapat menilai mereka ini meyakini bahawa orang yang bukan muhrim itu akan menjadi zauj/zaujah mereka suatu hari kelak. Anda yakin kah?

Ada juga yang hobinya suka berchatting dengan yang bukan muhrim. Walaupun mengetahui apakah kesan dan akibat yang berkemungkinan berlaku atas tindakannya itu. Alasannya berkongsi ilmu agama. Adakah dengan berchatting dengan pelajar dari Mesir atau dari Fakulti pengajian islam (FPI-UKM/API-UM) menghalalkan untuk mereka berchatting? Walaupun tidak declare couple MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA wahai saudaraku...

Teringat kata-kata dari sahabat yang membuatkan diri ini berfikir sejenak.''Kalau kita dalam keadaan tersepit atau terpaksa untuk meminta pertolongan orang lain pun jangan lah meminta dari lelaki''..Walaupun ana tidak dapat mengingati katanya 100% tetapi kata-katanya adalah BENAR. (Jzk ukhti..uhibbuki fillah).

Mesti ramai yang mengetahui buku Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul tulisan FatimahSyarha. Mesti ramai yang tersentuh, tersentak, terpahat dengan penulisannya. Mungkin juga ramai yang ingin menjadi seperti ''mawar berduri''. Setakat manakan duri itu bertahan? Temporary atau permanent sehingga sampai masanya? Mungkin ada yang tersedar dengan cinta monyet. Mungkin juga yang menginginkan cinta kerana Allah itu sehingga masih jua tersalah langkah yang tidak bercouple tetapi dah ada ''bakal zauj/zaujah'' dan selalu atau jarang berhubung? WA


Afwan jika penulisan ana ini terdapat salah dan silap. Jika ada kesilapan tegurlah ana. InsyaAllah ana akan perbaiki. Dan penulisan ana ini ditujukan untuk ana dahulu, kemudian dan seterusnya, dan akhirnya untuk sahabat-sahabat semua.

Janganlah kita berkata-kata kepada orang lain untuk menjaga ikhtilat tetapi kita sendiri masih tidak settle masalah hati. Ini masalah yang amat serius. Sekian