BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 10, 2010

~ C.I.N.T.A ~

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.
Tajuk post kali ini umum sahaja. Ana terdetik untuk menulis berkenaan dengan CINTA ini kerana ana ingin berkongsi pendapat ana berkenaan CINTA berdasarkan pengalaman orang-orang disekeliling ana. Bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi untuk menasihati diri dahulu. Kerana ana hanya hamba Allah yang hina. InsyaAllah ada ibrahnya untuk ana dan sahabat semua.

Pernah satu ketika dahulu murobbiah ana menanyakan.'100% bahagian hati kita, berapa bahagian kita letakkan untuk Allah?'..Rakan-rakan yang lain menjawab 100% setelah berfikir sejenak.Ana mengambil masa yang lama untuk memberikan jawapan.Bukan apa, dalam fikiran ana, Ibu bapa yang teratas tetapi dalam masa yang sama ana juga ingin meletakkan Allah juga ditangga yang sama.Tapi ana fikir 'macam tak boleh je meletakkan ibu bapa sama tangganya dengan Allah'..Jadi ana konfius untuk memberikan jawapan.Akhirnya ana menjawab 50% ibu bapa, 50% Allah (dalam keadaan yang tidak berapa yakin ana menjawab kepada murobbiah).Akhirnya murobbiah ana menjawab 'kita kena meletakkan 100% cinta kita kepada Allah maka insyaAllah cinta yang lain (ibu bapa, keluarga, sahabat,rakan-rakan etc.) akan kita perolehi'.

Ana yakin jika ana bertanya kepada kenalan ana 'cinta awk yang paling tinggi kat siapa?'.Semestinya ramai yang menjawab الله .Mungkin ia jawapan bagi orang yang ada ilmunya berkenaan agama. Tetapi apa yang menyedihkan ana, ia berlaku sebaliknya. Ana pasti orang-orang yang sudah ditarbiyah dan ada ilmunya faham dan mengerti cinta manusia. Ana takut untuk menjadi seperti yang dikatakan seperti dalam surah As-saff ayat 2-3. Dan ana juga risau jika orang-orang yang ditarbiyah mempunyai masalah hati walaupun sudah menjadi naqib/naqibah,murobbi/murobbiah, walaupun sudah menerima pendidikan di sekolah-sekolah agama...

Mungkin masalah remaja zaman sekarang ialah suka ber'couple'. tetapi yang mengetahui hukum ber'couple' menjauhi 'perkataan' couple bahkan menggantikannya dengan ayat-ayat yang lain. Jika diperhatikan sebenarnya sama sahaja dengan remaja yang bercouple cuma tidak dating. Sudah biasa kan dengar ''kami tak couple macam pasangan kekasih yang lain'' atau juga mereka menggunakan istilah couple islamik. Padahal ramai yang mengetahui tiada couple islamik dalam islam.

Mungkin segelintir mereka ini lebih memilih untuk berhubung menggunakan SMS (khidmat pesanan ringkas), mungkin juga suka ber''chatting'' di YM atau MSN atau Skype dengan orang yang bukan muhrim. Inilah dikatakan masalah hati. Yang benar sudah diketahui tetapi mengamalkan tidak sekali. Mereka lebih tertarik untuk melakukan maksiat (maksiat hati) padahal mengetahui kebenarannya. Renungilah surah al-Maidah ayat 100..

Ada juga yang tinggi sedikit ilmu agamanya yang mengambilkan cara untuk jarang berSMS dengan yang bukan muhrim (mungkin tidak setiap hari tetapi dalam jarak masa tertentu) . Apa yang ana dapat menilai mereka ini meyakini bahawa orang yang bukan muhrim itu akan menjadi zauj/zaujah mereka suatu hari kelak. Anda yakin kah?

Ada juga yang hobinya suka berchatting dengan yang bukan muhrim. Walaupun mengetahui apakah kesan dan akibat yang berkemungkinan berlaku atas tindakannya itu. Alasannya berkongsi ilmu agama. Adakah dengan berchatting dengan pelajar dari Mesir atau dari Fakulti pengajian islam (FPI-UKM/API-UM) menghalalkan untuk mereka berchatting? Walaupun tidak declare couple MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA wahai saudaraku...

Teringat kata-kata dari sahabat yang membuatkan diri ini berfikir sejenak.''Kalau kita dalam keadaan tersepit atau terpaksa untuk meminta pertolongan orang lain pun jangan lah meminta dari lelaki''..Walaupun ana tidak dapat mengingati katanya 100% tetapi kata-katanya adalah BENAR. (Jzk ukhti..uhibbuki fillah).

Mesti ramai yang mengetahui buku Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul tulisan FatimahSyarha. Mesti ramai yang tersentuh, tersentak, terpahat dengan penulisannya. Mungkin juga ramai yang ingin menjadi seperti ''mawar berduri''. Setakat manakan duri itu bertahan? Temporary atau permanent sehingga sampai masanya? Mungkin ada yang tersedar dengan cinta monyet. Mungkin juga yang menginginkan cinta kerana Allah itu sehingga masih jua tersalah langkah yang tidak bercouple tetapi dah ada ''bakal zauj/zaujah'' dan selalu atau jarang berhubung? WA


Afwan jika penulisan ana ini terdapat salah dan silap. Jika ada kesilapan tegurlah ana. InsyaAllah ana akan perbaiki. Dan penulisan ana ini ditujukan untuk ana dahulu, kemudian dan seterusnya, dan akhirnya untuk sahabat-sahabat semua.

Janganlah kita berkata-kata kepada orang lain untuk menjaga ikhtilat tetapi kita sendiri masih tidak settle masalah hati. Ini masalah yang amat serius. Sekian