BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 10, 2010

~ C.I.N.T.A ~

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.
Tajuk post kali ini umum sahaja. Ana terdetik untuk menulis berkenaan dengan CINTA ini kerana ana ingin berkongsi pendapat ana berkenaan CINTA berdasarkan pengalaman orang-orang disekeliling ana. Bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi untuk menasihati diri dahulu. Kerana ana hanya hamba Allah yang hina. InsyaAllah ada ibrahnya untuk ana dan sahabat semua.

Pernah satu ketika dahulu murobbiah ana menanyakan.'100% bahagian hati kita, berapa bahagian kita letakkan untuk Allah?'..Rakan-rakan yang lain menjawab 100% setelah berfikir sejenak.Ana mengambil masa yang lama untuk memberikan jawapan.Bukan apa, dalam fikiran ana, Ibu bapa yang teratas tetapi dalam masa yang sama ana juga ingin meletakkan Allah juga ditangga yang sama.Tapi ana fikir 'macam tak boleh je meletakkan ibu bapa sama tangganya dengan Allah'..Jadi ana konfius untuk memberikan jawapan.Akhirnya ana menjawab 50% ibu bapa, 50% Allah (dalam keadaan yang tidak berapa yakin ana menjawab kepada murobbiah).Akhirnya murobbiah ana menjawab 'kita kena meletakkan 100% cinta kita kepada Allah maka insyaAllah cinta yang lain (ibu bapa, keluarga, sahabat,rakan-rakan etc.) akan kita perolehi'.

Ana yakin jika ana bertanya kepada kenalan ana 'cinta awk yang paling tinggi kat siapa?'.Semestinya ramai yang menjawab الله .Mungkin ia jawapan bagi orang yang ada ilmunya berkenaan agama. Tetapi apa yang menyedihkan ana, ia berlaku sebaliknya. Ana pasti orang-orang yang sudah ditarbiyah dan ada ilmunya faham dan mengerti cinta manusia. Ana takut untuk menjadi seperti yang dikatakan seperti dalam surah As-saff ayat 2-3. Dan ana juga risau jika orang-orang yang ditarbiyah mempunyai masalah hati walaupun sudah menjadi naqib/naqibah,murobbi/murobbiah, walaupun sudah menerima pendidikan di sekolah-sekolah agama...

Mungkin masalah remaja zaman sekarang ialah suka ber'couple'. tetapi yang mengetahui hukum ber'couple' menjauhi 'perkataan' couple bahkan menggantikannya dengan ayat-ayat yang lain. Jika diperhatikan sebenarnya sama sahaja dengan remaja yang bercouple cuma tidak dating. Sudah biasa kan dengar ''kami tak couple macam pasangan kekasih yang lain'' atau juga mereka menggunakan istilah couple islamik. Padahal ramai yang mengetahui tiada couple islamik dalam islam.

Mungkin segelintir mereka ini lebih memilih untuk berhubung menggunakan SMS (khidmat pesanan ringkas), mungkin juga suka ber''chatting'' di YM atau MSN atau Skype dengan orang yang bukan muhrim. Inilah dikatakan masalah hati. Yang benar sudah diketahui tetapi mengamalkan tidak sekali. Mereka lebih tertarik untuk melakukan maksiat (maksiat hati) padahal mengetahui kebenarannya. Renungilah surah al-Maidah ayat 100..

Ada juga yang tinggi sedikit ilmu agamanya yang mengambilkan cara untuk jarang berSMS dengan yang bukan muhrim (mungkin tidak setiap hari tetapi dalam jarak masa tertentu) . Apa yang ana dapat menilai mereka ini meyakini bahawa orang yang bukan muhrim itu akan menjadi zauj/zaujah mereka suatu hari kelak. Anda yakin kah?

Ada juga yang hobinya suka berchatting dengan yang bukan muhrim. Walaupun mengetahui apakah kesan dan akibat yang berkemungkinan berlaku atas tindakannya itu. Alasannya berkongsi ilmu agama. Adakah dengan berchatting dengan pelajar dari Mesir atau dari Fakulti pengajian islam (FPI-UKM/API-UM) menghalalkan untuk mereka berchatting? Walaupun tidak declare couple MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA wahai saudaraku...

Teringat kata-kata dari sahabat yang membuatkan diri ini berfikir sejenak.''Kalau kita dalam keadaan tersepit atau terpaksa untuk meminta pertolongan orang lain pun jangan lah meminta dari lelaki''..Walaupun ana tidak dapat mengingati katanya 100% tetapi kata-katanya adalah BENAR. (Jzk ukhti..uhibbuki fillah).

Mesti ramai yang mengetahui buku Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul tulisan FatimahSyarha. Mesti ramai yang tersentuh, tersentak, terpahat dengan penulisannya. Mungkin juga ramai yang ingin menjadi seperti ''mawar berduri''. Setakat manakan duri itu bertahan? Temporary atau permanent sehingga sampai masanya? Mungkin ada yang tersedar dengan cinta monyet. Mungkin juga yang menginginkan cinta kerana Allah itu sehingga masih jua tersalah langkah yang tidak bercouple tetapi dah ada ''bakal zauj/zaujah'' dan selalu atau jarang berhubung? WA


Afwan jika penulisan ana ini terdapat salah dan silap. Jika ada kesilapan tegurlah ana. InsyaAllah ana akan perbaiki. Dan penulisan ana ini ditujukan untuk ana dahulu, kemudian dan seterusnya, dan akhirnya untuk sahabat-sahabat semua.

Janganlah kita berkata-kata kepada orang lain untuk menjaga ikhtilat tetapi kita sendiri masih tidak settle masalah hati. Ini masalah yang amat serius. Sekian















12 comments:

adeq said...

salam..terimakasih atas pengisiannya ukht..

ingin ana bercerita yang ana kurang jelas "apa yang aku dah buat nhe?"

-----------------

Alhamdulillah seronok betul mendengar ceramah cinta di kolej Rahim Kajai tadi..Ada juga diperkatakan tentang penggunaan "ukhwah fillah" di kalangan orang3 yang bepersatuan..Jangan sesekali disalahgunakan..Alhamdulillah untuk saya belum belum pernah lagi..

sejurus pulang ke kamar,saya mendapat satu mesej " bla3....kempen valantine's...hari bebas tanpa seluar dalam..bla3..Ayuh sama3 kita banteras" -013-$!$%%&)-

sapa nhe?

"salam..maaf siapakah?"

tit3..

"ana shikh"..

gulp ~ berderau darahku pelik..sudah setahun tidak berhubungan masih lagi menyimpan no ku?
teringat dahulu kala..semasa dikhitbah (dilamar)..tp ku membisukan diri dan menukar no..pelik3..............

"Allah..anta masih simpan no ana?"

Shikh - "Alhamdulillah masih dipelihara,cuma belum sampai masanya..keif Hal?"

ahh sudah..ini tidak betul,sudah bertanya khabar..putuskan sahaja perbualan ini..

"Alhamdulillah..o.k lah..Jazakallah atas mesejnya..nikah nanti jangan lupa jemput"..

pendapat saya,x salah sekadar mengingatkan..sebagai seorang sahabat..nikah datanglah..

tit3....

aiii..balas lagi?

"InshAllah..sampai masa ana hantar rombongan"..

-Allah apakah itu??ku bertanya..masih serius kah?apa harus ku buat-

ingin rasanya aku membalas tp ku teringat akan ceramah tadi supaya kita bersabar..berssabar dan bersabar..Ustaz Nabil Ahmad (Fareast) juga pernah menyuarakan keinginan untuk menikah..

-benarkah beliau ini..apa harus ku buat..adakah menunggunya atau mencari yang lain?adakah aku mahu menunggunya saat datang lamaran dari yang lain??-

kepada Allah ku mohon ampunan..jika dia yang terbaik..SATUKANLAH..Jika dia bukan milikku..LERAIKANLAH..Amen ~

ukhtimu said...

salam..woho..amende la ko nhe adeq..kecoh arg..diam3 sudah..

oh ye..lupakan je..hahaha..

rindu lah pulak....ukhtiku mira..afwan..

حيفا نظيره said...

salam..hoho dasatnye..erm.pasal tu ana no comment hehe

ukhtimu said...

salam..huhu..kat sini x ada sapa kenal saya jadi nak curhat le..huhu..blog ini mangsanya..

jam menunjukkan 12.39 a.m 13 FEB 10..
mesej pertama ku terima hari ini dari si dy yang ku rindui jam 9.37 a.m 12 FEB 10..

sudah 15 jam ku menunggu kelibat perkhabaran darinya langsung tidak ku temui..

"salam..akak tengah buat apa tu?"-Leny

"salam..sedang menunggu kakak kamu yang seorang itu"-Akak

-saya faham anda sedang ber"kursus"..dan saya perlulah seperti faham-..faham ke?hohoho...

mesej sebelum kejadian pada jam 3.23 p.m(Egypt) selepas itu saya menunggu.......dan tertidur..

bzzzz ~ (nyamuk) jam 1.00 a.m..(na new message)

sambung tidur..kroh3.....buzzz ~ (nyamuk) jam 4.13 a.m..no new message..sambung tidur kerana Alah beri cuti..

kerjaku hanya bangun tidor bangon tidor..haha.."macam apa ntah"..

dan sekarang nhe aku nak tido..huhu..habis cerita..

monolong hatiku....

-----------------

tidurlah wahai diri..esok masih ada untukmu corakkan hari..bersama adik dan ibu serta ayahmu..

perlu faham..jangan mendesak..hanya doa penghubung kasih..ingat tu..kebersamaan tetap ada biarpun berjauhan..
sampai bila mahu terus-terusan berdampingan meski itu yang kau ingini..Belajarlah untuk melepaskan perkara yang kau sayangi perlahan-lahan..jangan lepaskan semua..

"tp sungguh..x pernah terlintas mahu melepaskanmu ukhtiku sayang..sungguh ku rindu dirimu..Biarku simpan lafaz ini.."



SEBIRU HARI ITU ~

Anonymous said...

salam...
afwan,ana nk tnya,
xbolehkah @ salahkah kalau b'shbt dgn lelaki?

az-Zahra said...

salam....
Sahabat, kedudukannya amat khusus dalam hati seseorang... jika nak diskopkan kpd pshbatan dgn seorang lelaki, salahkah?

Apa yang ana nak katakan, apabila berlakunya persahabatan antara yang berlainan jantina, sukar utk beri jaminan yang ianya mmg benar2 hanya sekadar bersahabat.. Wanita suka rsnya utk disayangi dan dikasihi, bukan? terlalu sukar utk bezakan samaada hubungn ini nanti hy sekadar pshabatan atau ia mungkin sudah mula menjerumus kpd saling mencintai & mengharapkan wujudnya hubungan hati... Mungkin bagi pihak kita tdk ada apa2, kita mmg pasti, tp bagaimana bg pihak si dia?? Ingatlah janji syaitan kpd Allah, sbgmana firman Allah dalam surah Al-Hijr ayat 39:-

"iblis berkata:"wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan menjadikan mereka (keturunan Adam) memandang baik segala jenis perbuatan maksiat dimuka bumi dan pasti aku menyesatkan mereka semuanya"

Kita sememangnya manusia yang lemah dan tdk akn lari dari melakukan kesilapan... ada kalanya kita merasakan sesuatu itu tdk salah kita lakukan... Disini syaitan mampu melakukan dakyah nya... lihatlah firman Allah dalam surah (Al-A'raf: 16-17), dimana syaitan tlah menyatakan yg ia akan mendatangi manusia dr setiap penjuru...

Firman Allah yg biasa kita dgr "Janganlah kamu mendekati zina...." (Al-Isra':32), Difokuskan disini, JGN MENDEKATI... Allah sendiri tlah melarang kita dr mendekatinya.... tak perlulah dijelaskan mengenai ayat ini krn pastinya ramai yg memahami.... tak pon, boleh lihat 'older post' dalam blog ini pd tajuk 'Bukalah mata seluasnya'....

Ana pernah terbaca persahabatan di luar akad pernikahan bukanlah persahabatan ala sahabat (Rasullulah SAW).
Sebagaimana yang terjadi antara Ali dan Fatimah. Setelah pernikahan antara Ali dan Fatimah, maka Fatimah pun berterus terang kepada Ali. “Wahai Ali, sebelum aku bernikah dengan engkau di kota Mekah ini, ada seorang pemuda yang menjadi idola di hatiku. Aku sangat inginkan kelak ia menjadi suamiku. Tapi semua itu aku simpan di dalam hatiku.” Kata Fatimah. “Kalau begitu engkau menyesal menikahi aku?” tanya Ali. “Tidak kerana pemuda itu adalah engkau.” Jawab Fatimah.

Oleh itu, di dalam Islam kita dibenarkan menilai dan menyukai pemuda yang soleh namun ia tidak diluahkan dan memadai disimpan di dalam hati. Sesungguhnya cinta itu boleh “menghinggapi sesiapa sahaja” termasuk orang yang beriman atau para pendakwah.

Jgn lah terperangkap krn hati manusia mudah berubah.. kawal lah hati dgn sebaiknya... pandangan pula titik langkah awal, krn pepatah menyatakan 'dari mata turunlah ke hati'... Rasulullah jg pernah menegur shbt nya mengenai ini... Allah juga kan tlah berfirman dalam surah (An-nur:30-31), dimana Allah menyuruh lelaki dan perempuan utk menjaga pandangannya dahulu...

Sahabat sekalian, mencegah itu kan lebih baik dr mmengubati... mmg tak dinafikan lelaki itu pelindung bg wanita dan ini juga tlah Allah katakan... Ttp fikirkanlah ianya dikalangan yg halal bg kita.... dlm Al-Quran juga tlah dinyatakan satu persatu siapa yg boleh wanita dekati dan tdk boleh didekati... kalau semuanya pon boleh, apa sbb nya ada yg Allah larang dan ada yg tidak... Kalu kita mahu meminta bantuan sekalipun, mintalah pada lelaki2 yg boleh ataupun shbt2 wanita kita...slagi mampu mintalah pada mrk2 ini...wanita2 kini pon kan takde kurangnya... =) Jd sahabat sekalian, kalu bleh cegah lah dr ianya berlaku... sgala kemungkinan boleh terjadi... kalau bukan dr kita, mungkin dari si dia... WA....


Afwan kasira, teutama bg ukhti Hifa... ana sekadar ingin memberikan pendapat ana... sgala yg baik dtgnya dr Allah, mana yg silap tu datangnya dr ana sndri yg ilmunya pun masih kurang dan perlu diperbaiki.... insyaAllah...

Jzk ukhti... uhibbuki fillah... (",)/

حيفا نظيره said...

Assalamualaikum..
jzk ukhti Az-Zahra atas masukan anti..bagi ana amat jelas penerangan anti..(Uhibbuki Fillah Abadan Abada)

Ana harap saudara/saudari yg bertanya akan lebih memahami persoalan diri insyaAllah..
Dan kalau boleh bacalah post ana yang lepas bak kata ukhti az-zahra agar lebih terjawab persoalan tersebut..

saling ingat-mengingati insyaALLAH..

wa

Anonymous said...

alhamdulillah...
jzk az-zahra n ukhti hifa..^_^

adeq said...

ya Allah aku mohon untuk mencintaiMu dan RasulMu serta cinta orang yang mencintai keduanya..

Jadikanlah Aku peneman di sepanjang perjalanannya..seperti setianya Harun sebagai peneman Nabi Musa..

untuk sahabatku moga cinta ini dalam redha Ilahi sebagai penguat di perjalanan..

Untuk bakal zauj ku aku menanti..dari kejauhan hati punya kedekatan doa..meski ku tidak tahu siapakah dirimu..

حيفا نظيره said...

to anonymous: assalamualaikum anonymous hehe..xtahu ana nama saudari..afwan

to adeq: hehe suke meluahkan perasaan di sini..tp xpelah..akak dh bese huhu

adeq said...

dah x da sapa sudi dengar..luah je le di blog..tp ku tahu Dia maha mendengar segala sesuatu..

"jangan pernah rasa MEMILIKI..Nanti cemburu tidak berlagu..Jangan pernah rasa DIMILIKI..Nanti sayu jenuh menunggu"

LIP_ISIUKM said...

salam ziarah
penulisan yang..
mantap3~ <3
terbaik..
teruskan dakwah dengan mata pena..