BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 16, 2010

~ aurat bukan hanya ada pada tudung ~


بسم الله الر حمن الر حيم
السلام عليكم


Apa khabar sahabat-sahabat yang mengikuti blog ana, afwan kasir sudah beberapa bulan tidak meng'update' blog ini..Ana memang ingin mencuri-curi masa ana, tp tidak berkesempatan untuk 'mencuri'.mungkin di atas kelemahan diri ana ini.

Niat di hati ingin berkongsi berkenaan aurat walaupun kita sudah mendengarnya sejak di bangku sekolah lagi.. Setiap orang yang bergelar ISLAM pasti sudah tahu berkenaan aurat..Ilmu masih ada didada tapi adakah kita mengamalkan ilmu yang kita tuntut atau tidak. Ada dua perkara ya disini perlu diambil BERAT.

Pertama, niat kita menuntut ilmu. Kedua, ilmu yang tidak diamalkan.
Ilmu amat dituntut dalam ISLAM.tp bukanlah ilmu yang dituntut itu semata-mata untuk menghadapi peperiksaan dan selepas itu ilmu itu dilupakan sahaja.
ISLAM menuntut umatnya untuk menuntut ilmu kerana Allah dan mengamalkannya.

"ILMU TANPA AMAL IBARAT POHON YANG TIDAK BERBUAH"

Persoalannya (secara analogi), hendakkah kita menjadi pohon yang tidak berbuah? Yang tidak mendatangkan faedah kepada sesiapa pun? Apa gunanya pohon yang tidak menghasilkan buah?
Ana ingin berkongsi satu dalil,

Firman Allah,

"Tidakkah kamu memerhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya kuat dan cabangnya (menjulang ke langit), (pohon) itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu dengan seizin Tuhannya. Dan Allah membuat perumpamaan itu untuk manusia agar mereka selalu ingat". (Ibrahim 14 :24-25)

"Dan perumpamaan kalimat yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikit pun". (Ibrahim 14:26)

"Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh (dalam kehidupan) di dunia dan di akhirat; dan Allah ,menyesatkan orang-orang zalim dan Allah berbuat apa yang Dia kehendaki". (Ibrahim 14 : 27)


Daripada empat dalil diatas analogi pohon yang baik. Akar melambangkan akidah yang kukuh dan teguh. Batang pokok pula melambangkan amalan diatas ilmu yang diperolehi. Dan buah pula melambangkan akhlak kita.

Penilaian seseorang ialah terhadap akhlaknya. Akhlaknya yang baik jika amalnya juga baik.Jika amalannya terpelihara maka akidahnya juga insyaAllah kukuh. Mari kita bermuhasabah diri.Bagaimanakah "buah" yang kita hasilkan? Adakah buah yang ranum, wangi dan segar? Ataupun sebaliknya? Jika kita merasakan "buah" kita tidak berapa elok, maka recheck kembali amalan kita.

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?
(Itu) sangatlah dibenci disisi ALLAH jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan."
(As-saff : 2-3 )

Hendakkah kita menjadi salah seorang yang dibenci oleh Allah? Maka janganlah kita berkata sesuatu kepada kawan-kawan kita walhal kita juga tatkala lupa untuk melakukannya.

Apa kaitan dengan aurat? Aurat...kita sudah tahu bagi yang muslimah auratnya meliputi seluruh anggota tubuh kecuali muka dan kedua telapak tangan..Anda tahu? Yakin anda menutup aurat? Ana hendak menegaskan menutup aurat hukumnya WAJIB. Sama seperti SOLAT FARDHU. Anda tidak menutup aurat sewenang-wenangnya tapi berasa takut hanya apabila meninggalkan solat? Apabila kita solat kita memakai telekung di mana menutup amggota badan kita seluruhnya. Selepas solat ? Terus mendedahkan aurat...Tidakkah kita takut kepada azab Allah?

Yang paling dasyat apabila remaja hari ini salah faham dengan istilah menutup aurat. Ana tanya kembali, apa yang anda paham tentang aurat? Adakah aurat hanya sekadar dikepala???

Yang berpakaian ketat, menampakkan tubuh badan..ketat atas, ketat bawah..pakai tudung..TUTUP AURAT kah??

Ana selalu terbaca orang yang mengatakan "tidak mengapa untuk bergaya asalkan menutup aurat"...Astaghfirullah...

Bukalah mata hati seluasnya..Panduan umat ISLAM ialah Al-Quran..Al-Quran meliputi semua perkara..Baca dan fahamilah..bukan Baca (mengaji tanpa melihat makna) dan tutup dan simpan..


Perhatikan lah..

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka (sanggul/fesyen rambut) bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat muslim no. 3971).

Dalam riwayat Imam Malik, ada sambungan hadis ini iaitu: “....Bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan.” (Al-Muwatta’, no. 1421)


"Wanita yang berpakaian tetapi telanjang"....maksudnya berpakaian tetapi menampakkan bentuk tubuh badan. Hendakkah kita menjadi salah seorang daripada golongan di tas? Tepuk dada tanyalah iman.

Kita tidak disuruh oleh Allah untuk berpakaian sebegitu, bukankah Allah telah berfirman,

“Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, “hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun Maha Penyayang”. (Al-Ahzab : 59)


Ini yang dituntut ISLAM wahai muslimah akhir zaman...Bukannya memakai dress atau memakai top yang tidak berlengan kemudian memakai inner..Inilah yang ana selalu nampak..Ini tidak dituntut dalam ISLAM..ini bukan fesyen seorang muslimah..


Semoga post kali ini dapat membuka mata yang bergelar muslimah..pakailah seperti seorang muslimah yang sebenarnya..Jangan membuat kenyataan yang salah.. Jadikanlah Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan bukan hawa nafsu semata.

Bertaubatlah sebelum terlambat. Kita tidak tahu bilakah ajal kita. Apabila tibanya masa itu, tiada jalan untuk kita berpatah balik...

Yang buruk datangnya dari ana sendiri, dan yang baik datangnya dari Allah...


WA