BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 5, 2010

~Sayangkan ISLAM @ Sayangkan HIBURAN?~

Assalamualaikum pembaca-pembaca blog ila mardhotillah..

Apa yang ada difikiran anda bila tajuk post ana kali ini berbunyi 'KOREA JEPUN'? Jawapannya ana ingin menulis berkenaan artis korea atau pun jepun ini..Erm ana berasa terpanggil untuk memberi sedikit masukan berkenaan ini. Ana merasakan perkara ini perlu dipandang serius kerana rata-rata kita yang menjunjung ISLAM itu sangat minat terhadap artis-artis jepun dan korea ini..Bahkan boleh ana katakan artis-artis ini menjadi idola malah pujaan hati (kononnya~)..

Lama dahulu ana ada menulis berkenaan perang pemikiran...anda ada baca? Anda sudah tahu berkenaan freemanson, illuminati bukan? Mereka-mereka ini merupakan mengikut dajjal bukan? apa anda hendak sentuh bukan apa itu freemanson..bukan apa itu illuminati tetapi apakah cara mereka untuk MENJATUHKAN umat islam? Tahu?

Tahukah??

Matlamat mereka untuk menjatuhkan umat ( kerana mereka amat membenci umat islam) bukan dengan mengkafirkan umat islam tetapi menjauhkan umat islam dengan agama islam dengan ajaran islam...kenapa?? Bagaimana??

Mereka menjauhkan umat islam daripada ajaran islam kerana dengan jauhnya kita dengan agama islam maka kita tidak akan menurut kepada perintah Allah..solat yang merupakan tiang agama semakin dilupakan..Al-Quran yang merupakan panduan hidup kita pula makin pudar dalam kehidupan seharian kita..makanya?? hidup kita tiada arah tujuan..hanya hiburan, keseronokkan duniawi sahaja..selepas itu?? Apa yang kita hendak jawab kepada Pencipta kita? Tidak takutkah dengan azab api neraka? Jika takut, apa amalan dan persediaan kita untuk berdepan dengan-Nya?

Tepuk dada tanyalah IMAN masing-masing...

Ana ingin hurai berkenaan dengan hiburan...Kita terlalu sibuk mengatakan kepada rakan-rakan kita minat si artis sana, si artis sini..Astaghfirullah..Erm ana ini takut juga untuk berkata..tetapi memandangkan blog ana ini merupakan saluran dakwah maka ana kena beramal..Majoriti yang ana selalu baca ramai yang memintai artis korea kerana kecomelan mereka (mengikut pembacaan ana maknanya ia realiti bukan anggapan semata)..ini boleh dikatakan ia berkaitan dengan masalah hati kita..hati dan iman juga berkait rapat..sepanjang masa kita asyik menonton cerita korea.Apa benefit yang kita perolehi? Adakah cerita-cerita itu mengandungi unsur-unsur yang meningkatkan iman atau unsur-unsur zina mata? Jawapannya ditangan anda. Dalam 24 jam kita asyik memutarkan lagu-lagu mereka..Hati kita perlu dihidangkan dengan 'hidangan' yang elok bukan dengan 'makanan' yang salah..Jika kita diberi makanan yang basi maka perut kita akan sakit. Begitu juga hati. Hati kita akan sakit jika kita asyik membiarkan hati kita dirosakkan dengan hiburan. Tidak kisahlah korea mahupun artis barat.

PAWAGAM..

Siapa yang tidak tahu kita tidak boleh menjejakkan kaki ke pawagam, angkat tangan?.. Baiklah siapa yang tahu dan masih beralasan kita bermuhasabah diri kembali..Siapa yang tidak tahu sila ambil tahu..Kenapa agaknya kita tidak boleh ke pawagam even kita mahu tengok cerita upin-ipin? (ini masalah yang pernah dipersoalkan oleh hamba Allah)...Tahu kenapa? kerana walaupun ceritanya tidak lah mengandungi unsur-unsur yang menimbulkan DOSA tetapi kita lihat tempatnya pula bagaimana...Tempatnya elokkah? Terangkah? Adakah semua penontonnya berakhlak mulia? (jujurlah pada diri untuk menentukan jawapannya)..

Maka jawapan bagi persoalan ana ialah umat islam tidak boleh pergi ke pawagam kerana ia tempat maksiat. Tengok movie yang bukan-bukan tu pun anda jawab la sendiri.

MOVIE OH MOVIE

Seperti yang kita sudah sedia maklum bahawa lambakan movie berlaku dengan sangat pantas. Setiap bulan bahkan mungkin setiap hari akan ada sahaja cerita baru yang akan keluar di pawagam..wah! begitu 'rajin' sekali ye penerbit-penerbit Hollywood, bollywood dll ini ye.

Inilah agenda yang dirancang oleh pemyembah-penyembah syaitan sejak dahulu lagi. Mengalirkan pandangan kita kepada hiburan sehingga masalah global, ekonomi, masalah penindasan negara islam kita tidak ambil pedulikan. Akibat kelalaian kita yang terlampau sibuk untuk mengingati artis-artis dan movie yang dikatakan best sehingga terlupanya kita terhadap saudara kita di PALESTINA.

Buka mata, Buka minda..Jangan banyak beralasan untuk kepentingan diri sehingga 'pejam mata' terhadap tanggungjawab kita sebagai umat Nabi Muhammad..Umat akhir zaman..Penyambung rantai-rantai perjuangan Nabi...


Ingat...MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA...

WA

4 comments:

adeq said...

apa hukum ke pawagam yang sebenar ek?ana nak p salah x p pom salah.dlam konteks mahu ngam ngan rakan2 sekolah.
contoh ngah hangout reunion.tiba2 dah beli tiket kita ke pawagam.tengok citer yang ada nilai la.so camana tu?

حيفا نظيره said...

pawagam sebenar tu ape? panggung ke?

adikku..walau apa pun keadaannya, kita yg dah ditarbiyah dan kita sebagai 'role-model' kepada sahabat-sahabat kita, kita tidak boleh membenarkan apa yang salah even kita rasa niat kita baik tetapi cara kita tetap salah..

cubelah untuk mengutarakan idea yang lain selain pergi ke panggung..ana rasa banyak lagi acara lain yg boleh dilakukan..contohnye archery hehe

M Waliyuddin Bahza said...

TERBAIK!!

Post entry yg hebat..saya rasa terpanggil nak tinggalkan komen sikit..sikit2 cukup la ye

1. Kita sedang bicara soal dakwah. Dan Maudhuk Dakwah kita adalah Islam itu sendiri, maka kita jelasnya memperkenalkan Islam. Namun, jauh di sudut hati Mad'u atau pendengar seruan kita inginkan Islam yg bagaimana. Pernah x terlintas? Sy cadangkan kita cuba sampaikan Islam yg tdk menghukum mereka sebaliknya Islam sebagai SOLUSI atau penyelesaian. Hmm, cabaran utk kita semua. Apa kata?

2. Kalau Maher Zain mcm mane ek? Hehe..ramai peminat dia skrg~~

حيفا نظيره said...

Assalamualaikum..afwan lambat membalas komen en.Wali..ana dah taip sebelum ini tetapi akibat sedikit masalah pada laptop ana ini maka hilanglah apa yang ana taip..

Apa yang en. wali maksudkan? ana kurang jelas..
Islam itu adalah islam..islam tidak mengikut cara kita.Hanya kita yang perlu mengikut agama islam itu sendiri.

"Sampaikan islam yang tidak menghukum mereka"? Cara kita menyampaikan rasanya semua para ikhwah dan akhwat sudah jelas..
"beri apa yang mereka perlu, bukan beri apa yang mereka mahu"

Kita sebagai umat islam perlu MENGIKUT apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Pencipta kita...

Maher Zain? Ramai yang tahu, beliau berdakwah melalui lagunya..Apa yang kita lakukan bergantung kpd niat kita. Niat beliau adalah untuk berdakwah bukan kerana hiburan insyaAllah..tapi pelbagai penerimaan orang terhadap beliau dan lagunya..terpulang kpd individu..adakah anda menyalahkan beliau atau penerimanya?

InsyaAllah ..Hidayah itu milik Allah..Dia menentukan kepada siapa Hidayah itu hendak Dia berikan..

Sila betulkan ana jika ana salah..

WA