BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 27, 2011

~ Ukhuwah terletak pada jemaah ke? ~

 بسم الله الر حمن الر حيم



Alhamdulillah dengan izin-Nya ana ingin membahaskan 1 tajuk di mana sudah lama bermain di fikiran ana dan ana ingin luahkan di blog ana sendiri agar semua dapat membuka mata dan fikiran masing-masing.

Pada persoalan "ukhuwah terletak pada jemaah ke?" mungkin ramai yang mengatakan TIDAK kerana ana yakin orang yang sudah faham atau dalam erti kata lain yang menjalankan dakwah ini sudah mengerti bahawa ukhuwah itu sesama muslim. tidak kira lah berlainan rupa, warna kulit mahupun berlainan jemaah.

Realiti?

Pengalaman ana apabila diawalnya terlibat dalam usrah 2 jemaah yang berbeza dan akhirnya harus memilih 1 jemaah membuatkan ana "perasan" berbezanya nilai ukhuwah... Ana berani katakan ini kerana ia adalah kisah benar dan ianya kisah ana sendiri. Walaupun ana memilih jemaah B tidak bermaksud ana akan melupakan A.  Tetapi lain pula yang ana dapat...

Situasi 1

Bila dahulu apabila berjumpa tersenyum lebar..bertanyakan khabar..salam erat...
Tapi kini apabila bersua dirasakan seperti diri ini tidak dikenali pula... Mana dikatakan ukhuwah fillah?

Situasi 2

Berjanji untuk menumpangkan ana tetapi di saat akhir terpaksa dibatalkan kerana menumpangkan orang lain walaupun perjanjian dibuat dengan ana terlebih dahulu...Kena sama jemaah baru bersungguh memberi pertolongan ke?

Situasi 3

Beriya-iya mahu berjabat tangan tapi tangan yang menghulur hanya satu je..bagaimana mahu berjabat erat?

Situasi 4

Banyak lagi tapi tak tahu nak mengekspresikan bagaimana..... :-(


Ana merasa sungguh sedih sekali kerana nilai ukhuwah itu letaknya pada jemaah rupanya..Mana bukti kata UKHUWAH FILLAH di awal pentarbiyahan bersama? Kenapa dengan jemaah sendiri perlu melebarkan senyuman, perlu mendapat layanan yang lebih mesra padahal ana yang masih lagi mengharapkan ukhuwah itu yg sering kali merasa sedih apabila "terkena"..

Walaupun majoritinya begitu tetapi ana gembira masih ada seorang yang mampu melayan dan mengekalkan ukhuwah itu walaupun hakikatnya ana bukan di jemaahnya..dan ana respect beliau... :-)


Jadi di sini ana minta agar kita, para penggerak tidak kira di bawah jemaah apa pun agar membetulkan kembali apa maksud sebenar ukhuwah Fillah...Jangan di mulut kata ukhuwah itu tidak kira jemaah tetapi dari segi tindak tanduk pula bagaikan musuh antara jemaah...

~tak dapat dibayangkan para penggerak bermusuh antara satu sama lain :-(


p/s: renungkan...apakah yang akan orang fikir apabila orang yang bertudung labuh berjumpa dengan orang yang bertudung labuh tetapi bermusuh...Astaghfirullah...

Tuesday, October 18, 2011

PENGUMUMAN

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Afwan kasir..atas kelemahan diri ana, ana tidak dapat meng-'update' blog ini dalam  masa terdekat kerana ana di  
New Castle untuk lebih kurang 2 bulan...

sekian.

Sunday, August 21, 2011

~ Banyak Ilmu atau Banyak Amal? ~

بسم الله الر حمن الر حيم

Assalamu'alaikum kepada saudaraku...khaifa haluk? Semoga semua diberi nikmat kesihatan. Kalau sakit, semoga cpt sembuh. Alhamdulillah Allah sangat menyayangi kita hamba-Nya..

"Bertahun-tahun menimba ilmu (ilmu dunia & akhirat) bukanlah menjadi kayu ukur untuk menandakan orang itu sudah HEBAT tetapi yang menjadi kayu ukur ialah AMALAN yang dilakukan setelah ilmu yang bertahun-tahun itu diperoleh"

Huraian

Ilmu yang kita timba selama bertahun-tahun itu tidak ada maknanya jika ianya tidak disertai dengan amalan. Bahkan akan dipersoalkan di akhirat kelak. Kita manusia berasa bangga di atas kepandaian kita yang sudah pasti "kepandaian" itu diukur oleh manusia. Ilmu yang kita ada hanya dijadikan sebagai "tembok" yang akan melindungi kita.

Lagi teruk jika kita yang sudah mendapat ilmu masih juga melakukan perkara yg kita tahu ianya satu KESALAHAN. Ianya amat dimurkai Allah.

Allah berpesan kpd manusia :"Janganlah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan...."

Sebagai contoh, kita ada ilmu berkenaan hukum pergaulan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Semakin meningkat umur semakin kita tahu. Tetapi kita masih lagi tidak menjaga diri kita daripada terjerumus dari kancah DOSA. atau pun maksiat..kita pandang sebelah mata je hal ini walaupun kita mnegetahuinya. Kenapa? kerana manusia sukakan keseronokan dunia. Mereka tahu wujudnya neraka tetapi seolah-olah ilmu itu hanya untuk menjadikan dia seorang yang berilmu BUKAN seorang yang beriman.

semakin banyak yang kita belajar semakin banyak yang kita tidak tahu...

Wallah'alam


Saturday, August 20, 2011

~ PUJIAN ~


بسم الله الر حمن الر حيم

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana memberi kesempatan untuk ana menggerakkan jari jemari ana untuk menulis sebagai perkongsian bersama. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad saw, keluarga baginda, sahabat baginda...

menuju-redhanya.blogspot.com merupakan link baru untuk ke blog ana...mungkin sukar untuk mencari blog ini. segala kesulitan amat dikesali...

InsyaAllah kita teruskan dengan tajuk post seterusnya..pujian...

"Tidak ada yang lebih dipuji selain Allah swt kerana itu Dia memuji diri-Nya sendiri. dan tidak ada yang lebih pencemburu dari Allah, kerana itu Dia mengharamkan segala keji." (HR Muslim).

Manusia suka dipuji. Jika tidak mestikan mereka suka meletakkan gambar yang begitu banyak di laman sosial...dari atas ke bawah..dari jauh ke dekat...kesemua boleh dilihat dgn begitu jelas dari mata teman-teman di laman itu.Walaupun tahu akibat yang mungkin akan berlaku. Ini semua semata-mata mahu dirinya dipuji "cantik", "comel", "tembam", "chubby"...itu sahaja..Penting ke pujian dari manusia? Dapat ganjaran dari Allah ke jika kita mendapat pujian?

Sudah tentu jawapannya TIDAK!

Jadi kenapa kita berbuat sesuatu untuk mendapatkan pujian...sepatutnya kita rasa TAKUT kerana kata-kata pujian itu hanya menyebabkan kita LALAI...dan yg paling dasyat apabila timbulnya RIAK....Riak merupakan penyakit yang sgt halus yang meracuni pesakitnya tanpa disedari. Walaupun kita berkata yg kita tidak riak.

Pujian yang baik jika seseorang itu dipuji untuk meningkatkan keyakinan dirinya, pujian kerana keberanian dan sebagainya...

Fikirlah..Allah dah bagi kita rumah yg selesa, harta,makanan, kesemuanya serba lengkap...hidup senang tetapi kita susah sgt untuk melakukan suruhan-Nya..Kenapa? Jika kita bersyukur maka kepada-Nya lah segala pujian, larangan-Nya dijauhkan, Perintah-Nya dilaksanakan...

Dianalogikan, jika kita ada amah (maid). kita bagi tempat tinggal, makan,semuanya kita bagi...then suddenly, dia tak mahu buat kerja. mesti kita marah sebab kita bos....tapi secara realitinya, jika kita tak solat, kita tak terus menerima hukuman dari Allah..Allah masih bagi kita peluang untuk bertaubat.. Allah masih bagi nikmat untuk kita terus menggunakan oksigen yang Dia cipta...free of charge lagi...ini menunjukkan betapa Allah sayangkan kita...Allah Maha Penyayang...

Fikir-fikirkanlah sama ada kita mahu jadi hamba-Nya yang taat atau hamba-Nya yang ingkar..

Wallahu'alam





Saturday, August 6, 2011

~ Salam Ramadhan ~



Alhamdulillah syukur kita dipertemukan dgn ramadhan, bulan yg ditunggu-tunggu...sempena bulan ramadhan yg mulia ana nak letak wallpaper ramadhan dari SH copyright.reserved

Mari bersama-sama kita buat checklist untuk ramadhan kali ini dan berdoalah semoga amalan yg kita lakukan di bulan ramadhan, kita dapat istiqamah beramal pada bulan-bulan seterusnya...

Ana baru sampai ke rumah hari ini...sudah lama tidak menyambut ramadhan bersama keluarga..Alhamdulillah tamatnya pengajian ana di ukm memberi peluang untuk ana merasa kehidupan bersama keluarga semula..

Ana berterima kasih kpd keluarga shbt ana yg sudi mempelawa ana tinggal di rumah beliau selama 3 bulan sepanjang praktikal..semoga Allah merahmati keluargamu sahabatku...

akhir kata...mari sama-sama merebut ganjaran bulan ramadhan yg dinanti..InsyaAllah...




Friday, June 24, 2011

~ Jahilnya manusia ~

بسم الله الر حمن الر حيم

السلام عليكم




Alhamdulillah syukur kehadrat illahi kerana dengan izinnya tangan ana masih dapat meneruskan penulisan-penulisan yang dapat dikongsikan kepada pembaca...dengan niat Lillahi Taala...Selagi Allah memberikan nikmat umur yang kian meningkat akan ana meneruskan dakwah secara tulisan melalui blog ini...InsyaAllah..doakan ana thabat di jalan dakwah ini..

Topik yang ana pilih ini ana rasa sangat bertepatan untuk dikongsi bersama memandangkan ianya sangat berkait-rapat dengan kehidupan kt yang masih lemas di arus dunia...ya.masih lemas...sedar tapi mungkin seronok dalam kelemasan itu...

Wahai umat akhir zaman...tahukah anda?

Tanda-tanda akhir zaman ialah Ilmu Agama beransur hilang...Hadith ke-4..

"Allah tidak menghilangkan ilmu sekali gus dari dada manusia tetapi Allah menghilangkan ilmu itu dgn mematikan alim ulama...apabila alim ulama' sudah tiada,org ramai memilih org jahil sbg pemimpin..jika pemimpin jahil itu ditanya ,mereka akan berfatwa tanpa ilmu , maka mereka sesat dan menyesatkan org lain"

Allah taala tidak menghilang ilmu agama secara tiba-tiba di dunia tetapi apabila alim ulama' meninggal, maka ilmu agama yang ada padanya akan dibawa bersama..itulah yang dimaksudkan ilmu agama itu beransur-ansur hilang..

Jika diperhatikan, zaman sekarang berbanding zaman dulu, alim ulama lebih ramai..Maka, ramai orang jahil yang menjadi ulama'...yang tidak ada ilmu agama tetapi dengan suka hatinya dan senang lenangnya menjatuhkan hukum...

Dipetik dari ustaz Azhar Idrus

Jika bertanya tentang hukum agama dengan orang jahil sudah tentu jawapannya megikut citarasa diri sendiri...adakah ianya dapat dijawab dengan ilmu??...Maka org ramai pula akan mengambil jawapan org jahil itu bagaikan hukum yang dikeluarkan oleh alim ulama'...Innalillah

Yang meruntuhkan agama islam itu ialah tergelincirkan orang alim...org yg belajar agama, ada ilmu agama yang dituntut tetapi menyesatkan manusia...Perkara yang bercanggah dengan islam, mereka akan cari dalil untuk memberi kesamaran kpd rakyat. Kononnya apa yang dilakukan itu tidak melanggar syariat...apa yang patut diberitahu kepada orang disembunyikan...

Samalah seperti...couple islamik..perkara lagha dan maksiat...yang diubah-ubah hukumnya supaya ianya nampak macam perkara yang tak salah lalu mengatakan islam itu mudah...Astaghfirullah

"Islam itu mudah tetapi bukan untuk dipermudahkan"

Orang munafik membenci ulama'

Orang munafik yang mengagung-agungkan dunia..mereka membenci ulama.. orang-orang yang sukakan hiburan juga membenci ulama' kerana jika ulama' diberi kuasa mereka tidak dapat melakukan maksiat dan melayan perkara-perkara yang lagha dan hiburan seperti hidupnya didunia tiada kematian.

Jika kita lihat kembali sirah, Kaum yahudi juga membenci Rasulullah saw ketika baginda menyampaikan ajaran islam..kenapa? kerana mereka risau, patung-patung yang dibuat mereka tidak akan dibeli lagi oleh orang ramai..maka mereka tidak ada lagi sumber pendapatan...kekayaan mereka ialah dengan menjual berhala-berhala yang dianggap tuhan mereka..kerana wang, mereka sanggup memekakkan telinga dengan ajaran yang dibawa baginda Rasul Allah...

Itu berkaitan dengan orang munafik..bagaimana pula kita yang menghormati ulama'...tetapi tetap mahu memikirkan dunia sedangkan ilmu agama sentiasa disampaikan.kata-kata yang baik, dalil sentiasa dikongsikan tetapi hiburan masih nombor 1...Itu amat dibenci disisi Allah..

Ana terfikir untuk berkongsi ceramah ustaz azhar idrus ini kerana ana merasakan ianya memang patut dikongsikan..carilah ilmu agama itu dan peganglah..walaupun dakwah itu penat dan lelah sehingga ramai yang lelah dan melepaskan tarbiyah itu kerana kepayahannya TETAPI fikirkanlah tentang nikmat syurganya yang kekal abadi..dan fikirkanlah tentang azab neraka yang menyeksa itu sebagai muhasabah diri..

Sebelum ana menghentikan penaipan ini, ana memohon maaf jika terkasar bahasa..

Wallahu'alam

Saturday, June 18, 2011

~ Kisah pentarbiyahan diri ku ~

بسم الله الر حمن الر حيم

السلام عليكم

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah swt kerana dengan izinNya ana masih dapat meneruskan penulisan ana untuk berkongsi kepada pembaca...Selawat dan Salam kepada junjungan Nabi Muhammmad saw, para sahabat baginda, para keluarga baginda, para tabi'i tabi'in, dan seterusnya para ikhwah wal akhwat yang masih lagi tsabat dijalan dakwah...InsyaAllah untuk post kali ini ana ingin berkongsi kisah hidup ana ..istilah kawan ana ialah "U-Turn"...

Secara jujurnya, ana start terbuka hati untuk berubah semasa ana di Matrikulasi...Walaupun dah lama kenal dengan perkataan 'usrah' kerana setiap minggu ayah akan pergi usrah walaupun tidak mengerti apa itu usrah...Dan Alhamdulillah ana dikurniakan ibu bapa yang sentiasa menyuruh untuk menutup aurat...walaupun kadang-kala ana berdegil mahu memakai t-shirt lengan 3 suku...kerana dalam pemikiran ana lengan 3 suku itu lebih baik daripada lengan pendek...ana masih tidak mengerti...mungkin pemikiran budak sekolah yang kekurangan ilmu agama...Tetapi Alhamdulillah ibu bapa ana menyuruh ana membeli baju dibawah punggung dan sentiasa ana menurut kata mereka itu kerana ana tidak selesa memakai baju yang kecil...

Ok apabila masuk ke Matrikulasi, baru lah ana melihat akak-akak yang sopan menutup aurat yang lengkap...dan ana sentiasa melihat seorang kakak yang sama Lecture Hall dengan ana memakai tudung bidang 60...ana tertarik dengan penampilan akak itu..setiap hari..setiap kali kakak tersebut memasuki Lecture Hall dan duduk di depan akan ana perhatikan dari belakang sehingga lah dia duduk di kerusinya...Hati ana berdetik untuk memakai sepertinya..menutup aurat dengan sempurna...tetapi mungkin persekitaranku di sana membantutkan ana untuk berubah...ana tangguh niat itu...sehingga lah ana mengenali seorang lagi kakak..perwatakannya yang mempunyai sifat kepimpinan itu menarik perhatian ana..kerana seakan merasakan perwatakan ana yang mungkin sedikit serupa dengannya...beliau juga sempurna dalam menutup auratnya..InsyaAllah..Lalu ana berniat untuk memakai tudung bidang 50 sebagai permulaan pada sem 2 di Matrikulasi...tetapi mungkin tidak istiqamah...

Apabila memasuki Universiti...ana berniat untuk memakai tudung bulat...Alhamdulillah ana bertemu dengan akhwat-akhwat pada awal sem...jadi ianya lagi membuatkan ana mahu menutup aurat dengan sempurna...Alhamdulillah dengan izin-Nya, ana mula untuk memakai tudung bulat...dan ana juga telah menyertai Halaqah/Usrah di sana...Tetapi hati ini terasa masih kosong kerana perubahan zahir kenalah seiring dengan perubahan rohani...ana merasakan ilmu agama yang ana ada masih tipis...dan di Halaqah lah ana menambahkan tsaqafah..hati ana makin terasa perubahan yang berlaku dalam diri..semakin tenang di jalan-Nya...Jika dulu ana tidak mengenal hadis, sekarang ana dapat menghafal hadis...jika dulu ana tidak tahu mentadabbur al-quran dan hanya membaca tanpa memahami, sekarang ana dapat mengetahui Kata-kata Allah di dalam kitab Al-Quran dan berkongsi tafsirannya di Halaqah...Jika dulu ana lemah dalam sirah para sahabat, sekarang ana tahu serba sedikit tentang perang dan mengenali dengan lebih lagi Murobbi kita Nabi Muhammad saw..dan kalau dulu ana tidak mengamalkan mathurat, dhuha, kurang berzikir, bertahajud, dan sekarang ana sentiasa meningkatkan amalan harian (mutabaah) ana...


Dan Alhamdulillah sehingga sekarang ana masih lagi di jalan ini bersama akhwat-akhwat yang disayangi....dan ana masih istiqamah meneruskan apa yang ana lakukan...

Benarlah..."Perubahan kerana manusia itu tidak akan kekal"...Berubahlah kerana CINTA TERAGUNG kita...bukan manusia tetapi ALLAH SWT..


Wallahu'alam




.........................................................................................................................................

Oh Tuhanku
Tiada indah di malam yg ini
Melainkan dengan bermunajat kepadamu
Tiada indah suatu hari yg Aku lalui
kecuali dengan patuh kepadamu

Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
melainkan berzikir dan menyebut namamu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
kecuali dengan kempunan mu

Ya Allah Tuhanku
Yg merubahkanku Tetapkanlah
Hatiku Moga sentiasa
Dalam Agamamu
Jua taat akan perintahmu

Tuhan
Usah bebankan kami
Dengan bebanan yang berat
Seperti
Yang pernah kau berikan
kepada umat yang terdahulu Dari kami

Tuhan
Jangan Pikulkan Kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah Dosa-Dosa
Rahmatilah Kami

~ My Baitul Duat ~

بسم الله الر حمن الر حيم

السلام عليكم

Pernah ana diberitahu berkenaan baitul duat semasa awal pentarbiyahan ana...Pada mulanya ana mungkin susah nak menerimanya..mungkin kerana masih tidak bersedia...Membentuk keluarga dai'e adalah salah satu usaha untuk membentuk keluarga da'ie untuk melahirkan generasi rabbani..generasi yang dapat menyambung rantai-rantai perjuangan Rasulullah hingga ke akhirnya..insyaAllah..

Semakin meningkat umur pentarbiyahan ana, semakin ana sangat merasa kepentingannya..lagi-lagi kita yang sudah berada di penghujung zaman ini...dan tanggungjawab yang telah kita janji kepada Pencipta kita sebagai khalifah di Bumi ini...adakah kita sudah melupai janji kita?

Dan setelah sekian lama, ana diperingatkan kembali tentang baitul duat semasa ana menghadiri program "melangkah ke gerbang perkahwinan"...program wajib yang kena dihadiri oleh semua akhwat dan ikhwah...objektifnya hanya satu....nikah...

Mungkin lambat lagi untuk ana ke arah itu...cuma bila terfikir berkenaan baitul duat..ana terfikir berkenaan diri sendiri..iyelah..seperti yg ana katakan sebelum ini yang zauj/zaujah kita itu mencerminkan keperibadian kita...iman bagaimana, sihat atau sakit? kalau iman diri sakit apa ntah lagi bakal pasangan kita...erm kekadang diri ini leka dan seringkali melupakan CINTA TERAGUNG yang tidak pernah lupa untuk mencurahkan kasih sayangNya..Astaghfirullah..jauhkan lah aku daripada sifat-sifat yang Engkau murkai..

Rasa gembira melihat ikhwah dan akhwat yang menikah...kedua-dua menghadiri program yang sama cuma bukan tempat yang sama kerana program ikhwah dan akhwat asing..insyaAllah untuk menjaga..Anak-anak juga dididik untuk melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah...ada sahaja aktiviti-aktiviti untuk mendidik anak-anak kecil dalam biah solehah...Tapi ana pun tak ada lah tahu sangat kan... :) tak ada pengalaman..setakat pernah menjadi "amah" kepada anak-anak akhwat ada lah...

Tak sabar menunggu murobiah-murobbiah ku untuk bernikah....~~Semoga mereka sentiasa dilindungi oleh CINTA TERAGUNG, ALLAH SWT..Amin

~Wallahualam

Saturday, May 14, 2011

~ JODOH? ~


بسم الله الر حمن الر حيم

السلام عليكم

InsyaAllah semoga sahabat pembaca berada dalam keadaan sihat dan sentiasa berada dalam limpah kurnia-Nya...

Afwan sudah lama tinggalkan blog tanpa sebarang post-post baru...untuk pengetahuan sahabat pembaca, ana sedang berpraktikal di lembaga koko malaysia di Nilai... Makmal Mikrobiologi lah tempat kerja ana dan ukhti syahirah..doakan kami ye :)

Oklah..ana tak pernah post soal kahwin-kahwin ni mahupun yg related to it...the reason is im not ready to write about it...dan ana rasa diri ana ni mmg tidak mahu membincangkan soal ini...tetapi apa yang ana nak berkongsi di blog ana kali ni memang berkaitan dengan jodoh..jadi tajuknye jodoh je la..tak perlu panjang-panjang..straight to the point ok..

Erm secara fitrahnya manusia ini sama ada jahat atau tidak memang menyukai benda-benda yang baik dan terjaga... Contohnya, kita akan memilih makanan yang baik, kita akan memilih pakaian yang cantik, kita mahu barang-barang yang berkualiti...dan...kita mahu suami / isteri yang soleh dan solehah. Betul kan?..Semuanya yang baik..tiada manusia suka akan sesuatu yang buruk, tak cantik, tak berkualiti...

Dalam soal jodoh ini, kita mahukan suami / isteri yang soleh mahupun solehah..kita sering mendengar dan membaca firman Allah yang bermaksud:

Perempuan-perempuan jahat untuk lelaki-lelaki jahat, lelaki-lelaki jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula, perempuan-perempuan baik untuk lelaki-lelaki baik, lelaki-lelaki baik untuk perempuan-perempuan baik pula

Ana pernah diberitahu bahawa jika kita hendak tahu bagaimana jodoh kita, lihat lah diri kita..Kenapa? Jelas daripada firman Allah tadi yang memberitahu bahawa pasangan kita adalah cermin diri kita...

Jika kita mahukan zauj (suami) yang soleh, usah risau..tidak perlu cari yang belajar kat mesir...tak perlu mencari yang pandai berkata-kata tapi hanya perlu meningkatkan amalan kita supaya berada dalam kalangan orang-orang yang beriman...hanya perlu memberikan hatimu kepada Allah..tidak perlu bersusah-payah memberi cinta kpd manusia..hanya menyerahkan sepenuh cintamu kepada Allah..insyaAllah pasangan kita juga melakukan hal yang sama..Jadi anda tidak perlu bimbang pasangan anda bagaimana akhlaknya.

Kita sedar akan perkara-perkara ini tetapi kita hanya banyak memberi alasan sahaja..kalau ditanya, ada jawapannya tetapi dilihat amalannya tiada...malah pelbagai alasan diberikan..

Jika mahukan zauj/zaujah yang soleh dan solehah maka mulakan perubahan yang ISTIQAMAH...perubahan yang sedikit dan dilakukan secara berterusan adalah lebih baik berbanding perubahan yang KETARA tetapi suatu saat ianya tidak diamalkan lagi.

Ana bukanlah orang yang berilmu untuk bercakap mengenai ini tetapi blog ini adalah satu medan perkongsian ilmu insyaAllah...feel free to share...

Mari lakukan perubahan sebelum terlambat...

Wallahu'alam

Tuesday, April 19, 2011

SAYA ADA VIVA ESOK..DOAKAN YE...

Monday, April 18, 2011

KITA DISAKITKAN OLEH MANUSIA TETAPI KITA LEBIH DISAYANGI OLEH ALLAH..


pilih lah yang mana kita mahukan..

Saturday, April 9, 2011

~ EXAM mode ~

Assalamu'alaikum...Alhamdulillah syukur kepada Maha Pencipta kerana masih memberikan nikmat yang tidak dapat dihitung kpd hamba-Mu ini yang hina lagi kerdil..


InsyaAllah ana dalam study week..afwan tak dapat menaip buat sementara waktu akibat kelemahan diri ini..tapi jika diizinkan dan punyai kekuatan diri, ana akan menaip tajuk seterusnya yang dah memang dalam perancangan...

Kepada akhwat wal ikhwah yang akan menhadapi exam, selamat berjuang dengan pena..jangan lupa kelengkapan anti/anta untuk 'berperang'..siapkan diri masing-masing dan yang paling penting niat kena betul..betulkan niat setiap kali masuk dewan exam..insyaAllah kerana Allah sahaja..

Ingat:

-Allah suka dengan orang yang berusaha dengan tekun
-Setiap yang kita lakukan termasuk belajar dan exam adalah kerana Allah..untuk akhirat bkn dunia
-Segala ketetapan Allah sama ada kt mendapat kejayaan atau kegagalan adalah pemberian dari Allah..jika anda mencapai matlamat untuk dpt 4.00 jgn fikir ianya dtg drpd anda..

WA



Monday, April 4, 2011

~ Allah tempat kembali segala masalah ~


Setiap Kali

dengar di sini

Setiap kali mendapat nikmat
jarang kusedari itu pemberian-Mu
terkadang rasa itu kerana
segala usaha dan penat lelahku sahaja

setiap kali ditimpa musibah
kumengeluh risau bertambah gelisah
hingga terlupa pada-Mu Allah
tempat kembali segala masalah

oh Tuhan Yang Maha Penyayang (...maha penyayang..)
leraikanlah aku dari keluh kesah (..uuu..)
yang membelenggu jiwa dan fikiran (..dan fikiran...)
ditambah dengan hasutan syaitan (..uuu..., haaa)

kurniakanlah kepadaku ketabahan (..ketabahan..)
singkapkanku hikmah segala ketentuan (..uu…)
Moga sinar-Mu berikanku pedoman (…pedoman..)
Hanya pada-Mu segala ketetapan (…haa…)

(backup)
oh tuhan yang maha penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan
durjana yang sentiasa mengarahku
kepada kemurkaanmu
kurniakanlah kepadaku ketabahan
tunjukkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
Ya Allah kau redhailah diri ini


seandainya diri ini
mampu meraih cinta keredhaan-Mu
seandainya akulah insan yang terpilih
pimpini hidupku


coklat

Sunday, April 3, 2011

~ Curhat ~

Betapa aku bersyukur...aku masih dijalan tarbiyah..jalan dakwah..
Ya Allah thabatkan lah hatiku di jalan-Mu..
Sebagai penyeru dan penyambung rantai perjuangan kekasihMu, Muhammad saw..

Pemudahkan lah urusan kami di dunia ini..
jangan biarkan kami lemas di dunia ini..
jangan biarkan kami terhayut dengan rancangan-rancangan musuh-musuh-Mu..

Jiwa-jiwa kami..untuk Mu...
Kuatkanlah jiwa dan hati kami..

Berjuang demi kebangkitan ISLAM..




Wallahu'alam

Saturday, April 2, 2011

~ MABIT PEMBINA ~

بسم الله الر حمن الر حيم

Assalamu'alaikum...

Minggu ini jadual ana sangat full..insyaAllah masa di isikan dengan program-program untuk pengisian hati...Disini ana ingin berkongsi sedikit sebanyak dari program-program yang ana hadiri yang dianjurkan oleh PEMBINA DHL...

Jumaat 1/4/11 iaitu semalam..Alhamdulillah ana panjatkan kesyukuran kerana dengan izin dari Pencipta kita, kaki ana digerakkan untuk ke program MABIT di Masjid As-Solihin...Allah memilih yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya...lagi-lagi sebagai penggerak dakwah di muka Bumi ini...

Apa yang ana ingin kongsikan ialah slot muhasabah..pertama kali dalam hidup ana, ana seolah-olah berada di Alam Pembalasan...Ini baru sahaja gambaran dunia, belum lagi yang benar iaitu di akhirat kelak...

Ya Allah...ana mula-mula tidak dapat meneka apa yang ingin dilakukan oleh AJK yang handle Muhasabah..kumpulan ana melakonkan golongan yang bisu dan pekak..Lampu dipadam..bunyi-bunyi yang menakutkan mulai dipasang..kedengaran golongan yang menjerit-jerit kepanasan, golongan yang menghantuk-hantukkan kepala, golongan yang buta berjalan meraba-raba..sambil dipukul, disebat, dirotan (bukan rotan kami tapi dinding ye~)..Ya Allah sangat menakutkan pada malam itu..seolah-olah berada di neraka jahanam...kedengaran juga suara yang menangis kerana tidak tahan kerana api yang amat panas, dipukul berulang-kali...

Sayup-sayup suara tangisan akhwat kedengaran..Sebagai seorang penggerak, ana bermuhasabah diri...Kita sebagai penggerak sangat perlu untuk memelihara diri..Ia betul, setiap manusia melakukan kesilapan..tapi sampai bila kesilapan itu berlanjutan? Ayuh! Bangkit akhwat! Ayuh bergerak! tidak perlu beralasan kerana yakinlah bahawa jika kita memelihara Allah, Allah akan memelihara kita. Apa yang kita perlu risaukan?

Syurga itu tersangatlah indah...mengalir dibawahnya sungai-sunyai...tidak mahukah kita berada disana? Mari bermuhasabah diri...

Azab Allah itu setimpal bagi hamba-hambanya yang ingkar terhadap perintahnya...yang syirik menyembah selain Allah..yang munafik, bertopengkan islam tetapi melanggar perintah Allah...fasik yang sering melakukan dosa...

Golongan apakah kita? ingatlah tujuan kita dijadikan..bukan saja-saja..sebagai musafir di dunia...sebagai khalifah..

Sudahlah...pulanglah ke pangkal jalan wahai saudara seislamku..tidak perlu lagi mengikut fesyen-fesyen yang tidak menentu..yang tidak menjamin kamu..yang menampakkan auratmu
...kecantikan yang kamu ingin pertontonkan kepada manusia hanyalah sia-sia..apa yang kamu dapat? pujian di dunia berbanding azab Allah di akhirat yang mana satu kamu pilih?

~Marilah sama-sama kita betulkan diri sebelum terlambat kelak

Wallahu'alam

Sunday, March 27, 2011

~ pulang dari program ~


Alhamdulillah....

Thursday, March 24, 2011

~ Kembali menjadi atlet ;p ~


بسم الله الر حمن الر حيم

السلام عليكم

InsyaAllah...post ringkas dari ana..nak buat macaroon (percubaan) dengan syahirah lepas buat post ni insyaAllah...


Ok berdasarkan poster di atas, sudah terang lagi bersuluh, ana akan mewakili PEMBINA UKM insyaAllah..walaupun hanya menjadi simpanan...hehe sudah lama meninggalkan dunia atlet...last menjadi atlet pada tahun pertama di UKM..awal-awal masa orientasi...bola jaring dan lari pecut..

Latihan pertama kali ana hadiri pada hari Rabu tadi..2 hari lepas...semput dan kurang stamina kerana sudah lama meninggalkan sukan..Dulu sukan amat bermakna dalam hidup ana..percaya tak? kalau tidak, tak mengapa...

Walaupun pertama kali menjadi atlet dalam bola jaring, ana akan praktikkan bola keranjang dan larian pecut didalam bola jaring..boleh ke??~insyaAllah...

Apa yang mengangumkan ana, tak sangka akhwat-akhwat ana sangat berbakat..mungkin bakat terpendam agaknya...tidak sabar untuk berlawan dengan akhwat ipt...program sukan yang melibatkan muslimat sahaja sangat menyeronokkan..insyaAllah lebih terjaga..dan ada ibrahnya..

Sokonglah kami hehe akhwat merah jambu..eh bukan2..ana reka sahaja..

JOM BERIADAH!

Wallahu'alam

Sunday, March 20, 2011

~ Masalah itu senyuman ~


بسم الله الر حمن الر حيم

السلام عليكم

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan izin dan rahmat dari-Nya kita masih lagi dapat menikmati pelbagai nikmat-nikmat yang tidak terhitung oleh-Nya dari kita dibangunkan pada hening fajar tadi sehinggalah sekarang, Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad saw, murobbi terangung kita, para keluarga Baginda..Para Sahabat Baginda...Para Ikhwah wal akhwat yang masih thabat dan tegar meneruskan rantai-rantai perjuangan Rasulullah saw...insyaAllah...

Pada kali ini ana ingin menulis sebagai pengisian hati ana dan insyaAllah juga sahabat-sahabat sekalian...

Masalah ataupun ujian dari Allah pada hamba yang disayangiNya

Setiap perjalanan hidup sebagai seorang hamba,pasti kita akan diuji oleh Allah. Ujian itu pastinya membuatkan kita berasa sedih, bahkan mungkin ujian itu menyebabkan iman kita menurun...Kenapa mesti kita menghadapai ujian dari Allah sebegitu rupa walhal kita telah mengetahui setiap ujian dan dugaan hidup itu adalah tanda kasih sayang dari-Nya dan tanda Allah itu mengingati kita....

Setiap ujian itu berbeza-beza untuk setiap hamba-hambanya..setiap ujian itu sesuai untuk setiap Mukmin..mengikut kemampuan..maka bersabar dan bermuhasabahlah

"Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (Hadith riwayat Bukhari)


Alhamdulillah Allah masih ingat pada kita..Allah masih sayang pada kita.. Allah tidak lupakan kita..kita patut bersyukur dan gembira...Betul, mungkin masalah itu kadang-kala menyakitkan...tapi tidak kah patut kita menjernihkan apa yang buruk,hifa...Jika kamu ada masalah pasal assignment yang banyak...maka doalah moga dipermudahkan segala urusanmu...

"Doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama serta cahaya langit serta bumi"

Mungkin kamu kurang meminta pada-Nya...Allah sangat menyayangi hamba-hamba-Nya..Minggu lepas merupakan minggu yang sangat merunsingkan...Walaupun ada 2 tutorial ana tak dapat siapkan yang menyebabkan ana sedih...tapi Ya Allah, Allah sangat menyayangi ana, Allah permudahkan 1 urusan ana yang ana betul-betul tidak sangkakan...Sepertinya Allah mendengar isi hati hamba-Nya ini...

Alhamdulillah setelah minggu sudah, hidup ana lebih tenteram sedikit..murobbiahku selalu pesan padaku

"Kalau kita letakkan segenggam garam di dalam cawan nescaya air itu akan terasa masin, tetapi jika kita letakkkan segenggam garam itu ke dalam perigi,pasti air itu tidak terasa masinnya...sama seperti, jika kita fikirkan masalah itu menghimpit kita maka kita akan rasa masalah itu sangat besar dan berat tetapi jika kita meletakkan masalah itu dengan jiwa yang tenang dan berlapang dada pasti masalah itu dapat kita atasi"
(versi hifa)

Paham ke ayat ana ni? Kalau tak faham bagitau ye...


MASALAH ITU BUKAN UNTUK DITEPIS TAPI UNTUK DIATASI

Kadangkala kita fikir "kenapa lah aku ada masalah?"...masalah itu tidak akan selesai jika kita hanya meminta untuk jauh dari masalah..betul ke itu yang kita mahukan..Bukankah masalah itu tanda Allah ingat akan kita..Kita tak mahu jika Allah lupakan kita bukan...

Masalah itu akan berulang dan berulang selagi kita belum mengatasinya-kata-kata murobbiahku dahulu..

Betul juga kata-kata murobbiahku dulu...ana sentiasa diuji dengan perkara yang sama tapi kali ini ada sedikit perbezaan..mungkin ana kene recheck kembali apa yang ana tidak settle tentang diri..

Al-Fajr:15-16

Maka adapun manusia, apabila Tuhan mengujinya lalu memuliakannya dan memberinya kesenangan, maka dia berkata ,"Tuhanku telah memuliakanku."

Namun apabila Tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata,''Tuhanku telah menghinaku."908

908. Allah menyalahkan orang yang mengatakan bahawa kekayaan itu adalah suatu kemuliaan, dan kemiskinan adalah suatu kehinaan seperti yang tersebut dalam ayat 15-16. Tetapi sebenarnya kekayaan dan kemiskinan adalah ujian Allah bagi hamba-hamba-Nya..


Sebagaimana yang diriwayatkan dari sebuah hadis, Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah saw., "Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?"

Jawab baginda, "Di antara orang-orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya.Sekira agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.” (Riwayat Tirmizi)

post ini ana tuju untuk diri ana terlebuh dahulu
Wallahu'alam

Wednesday, March 16, 2011

~ KMPK ~



Assalamualaikum..
Lama tidak mengupdate blog yang berilmiah...belum bersedia lagi untuk menaip tentang itu..Maka ana hanya mewarnakan blog ana dengan cerita-cerita yang berkait dengan ana sahaja..harap ianya bukan satu masalah besar ye..hehe

Ana sebenarnya tengah menelaah.tp nak rehatkan pemikiran ana suka tengok gambar-gambar lama...

Tiba-tiba rasa rindu dekat KMPk...hanya rindu disaat ana hendak 'berubah'...rindu sahabat2 AJKO.rindu dekat guru-guru disana...2 kali jadi AJKO (ajk orientasi) sangat seronok...walaupun sangat penat...terpaksa berkorban demi satu matlamat..

Bisikan Nurani...lagu yg menyentuh hati ana untuk lebih berubah...(sekarang tengah mendengarnya kembali)


~bisikan hati








Anak buah mentor mentee yang dipegang ana ketika itu...(bagaimana kalian ye....?)

Monday, March 14, 2011

i love them ~




Wednesday, March 9, 2011

~ Alhamdulillah Ya Allah ~



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah ku panjatkan kesyukuran kepada-Mu Ya Allah kerana dengan izin dan limpahan rahmat-Mu, ku akhirnya menyiapkan final project untuk Degree di UKM.

Hari ini 9.3.2011, ana telah menunjukkan result yang telah diperolehi kepada supervisor Dr Farah Diba. Alhamdulillah beliau berpuas hati dengan result projek cumenya kena memantapkan penulisan untuk thesis..
~insyaAllah akan ku cuba dengan usaha semaksima mungkin dan semampuku

Tinggal nak buat gliserol stock untuk menyimpan transforman (vektor yang membawa part of TEF1 promoter) untuk disimpan pada tempoh masa panjang untuk kajian akan datang..mungkin...

Jadi ana telah kemas barang2 ana di makmal 3166...tinggal sedikit barang di cold room.


Doakan ana dan sahabat ana untuk menyiapkan laporan dengan dilimpahi rahmat-Nya..Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain.

insyaAllah

Wallahu'alam


Monday, February 14, 2011

~ Murobbi Teragung kita ~



بسم الله الر حمن الرحيم

السلام عليكم

Hari ini merupakan 12 Rabiul Awal bersempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW. InsyaAllah umat-umatnya sentiasa mengingati hari yang bersejarah ini. Bagi yang terlupa..tingkatkanlah ingatan kita terhadapnya setiap hari dengan berselawat ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW disamping zikir mengingati Pencipta kita yang Maha Agung.



Betapa besar pengorbanan yang dilakukan untuk menegakkan agama Islam di saat umatnya masih jahiliyah. Ketika umatnya melakukan cara hidup yang tidak mengingati Allah, minum arak, disaat umatnya gemar bersuka-ria, penindasan yang berleluasa. Baginda seorang diri berdakwah sehinggalah seramai kita sekarang umat islam di dunia ini. Cuma bayangkan.

Tapi umat islam akhir zaman ini ibarat buih-buih dilautan. Yakni ramai tetapi mudah dicucuk dan pecah..mudah dirosakkan pemikirannya...mudah terpengaruh..sehingga lupa akan ajaran Murobbi Teragung kita. Islam yang sekadar menjadi keturunan...Muhasabahlah diri kita..Adakah kita dalam golongan ini...

Kalau ditanya siapa idola anak muda sekarang..jawapannya mungkin nama-nama artis yang akan keluar dari mulut mereka. Berapa ramaikah yang menjadikan Rasulullah sebagai idola? Anda pula bagaimana?

Kalau ditanya pula apakah sifat-sifat Rasulullah yang paling anda kagumi...mungkin masa yang lama diambil untuk berfikir kemudian teringat masa sekolah Agama ada ustaz ajar. Bagi ana kalau betul kita sangat mencintai Rasulullah kita akan dapat menjawab dengan mudah..Bahkan kita akan mengingati sirah Baginda...

Ingatlah..Kasih-sayang baginda terhadap kita tiada penghujungnya...UMATI..UMATI..UMATI..(umatku) itulah kata-kata terakhir baginda sebelum kewafatan baginda...adakah kita setanding dengan Baginda??? Adakah kita sentiasa mengingati Baginda?

Muhasabahkanlah diri anda dengan menghayati dua video ini...

video

video

Ingatlah, jika kita mengaku kita umat Nabi Muhammad SAW, maka janganlah kita jauh dari sunnahnya..janganlah kita jauh dari Kalamuallah yakni Al-Quran...

Kita tidak akan sesat jika kita bepegang pada keduanya...

Janganlah kita terus mempercayai sesuatu perkara bulat-bulat tanpa menyelidiki...kerana kuffar laknatullah merancang untuk menjauhkan kita dari landasan islam...Jika tidak pasti akan sesuatu perkara rujuk kembali kepada Al-Quran dan Sunnah...

Jangan menjadikan Al-Quran sebagai hiasan di rak-rak almari anda...Baca dan fahamkanlah (baca maksudnya) jika kita faham kita akan mengamalkan..Jika kita baca tapi masih ada yang kita tidak mengikutnya mungkin masih ada karat-karat jahiliyah dalam diri yang perlu dibersihkan..

Jangan rasa cukup dengan solat sahaja tapi perkara lain yang wajib masih bermasalah. Mungkin kita rasa cukuplah jika kita tidak jahat dan kita tahu menjaga batas pergaulan kita..ingatlah FIRMAN ALLAH yang bermaksud;

"Ia (Iblis) berkata, " Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di Bumi. dan aku akan menyesatkan mereka semua, kecuali hamba-hambaMu yang terpilih diantara mereka. "
(Al-Hijr : 39-40)

Janji syaitan untuk jadikan kejahatan yang kita lakukan, kita rasa ianya betul..Contoh kita tidak menutup aurat...maka kita fikir " tak apelah, bukan aku tak solat pon..aku tak tinggal solat langsung"...Maka disini tutup aurat itu hukumnya wajib..solat itu juga wajib..mengapa perlu solat sahaja?? ini baru contoh aurat..

Sama-samalah kita bermuhasabah diri..

p/s: afwan macam-macam topik bercampur dalam post ni..


Wallahu'alam

Saturday, January 29, 2011

~ Cara kita betulkah dalam menyampaikan? ~

Assalamualaikum


Apa khabar? erm ana dah lama tidak memberikan post dalam bentuk pengisian..ana sebenarnya ada menulis post yg hampir siap tapi disebabkan ana ingin memastikan suatu perkara, ana terpaksa simpan post tu di draft. em hampir sebulan juga ana simpan..afwan..maklumat tu ana pada org lain bukan pada ana..jadi susah sikit nak dapat..

tapi tidak mengapa..insyaAllah..pada saat ini, dikala hujan menemani diri, tatkala diri sedang berfikir, tiba-tiba muncul keinginan untuk menulis. Ana berfikir tentang sesuatu perkara sejak malam tadi dan mengambil keputusan untuk meluahkan di blog ana ini.

Baiklah..(erm macam mana nak mula ye..)

Kita mempunyai akal yang dianugerahkan oleh Allah dimana ia berfungsi untuk memandu diri kita memilih diantara kebaikan dan keburukan. Fitrah manusia itu menyukai kebaikan.

Manusia dijadikan oleh Allah dengan tujuan sebagai khalifah di Bumi. dan wajiblah kita untuk berdakwah. Agar seruan-seruan kebaikan akan bergema dan kemungkaraan akan dihapuskan. Itu tugas kita yang menjunjung nama Islam.

Jadi sebelum menyampaikan kepada orang lain yang paling penting ialah membaiki diri dan menguatkan diri kita sendiri. kerana tanpa kekuatan iman bagaimana kita hendak membetulkan orang lain tatkala kita sendiri masih 'lemah'? tapi jangan salah faham. Ada yang beralasan tidak mahu 'bergerak' kerana diri masih tidak mampu. kadang-kadang kita perlu untuk memaksa diri untuk berubah.jika tidak sampai bila kita akan beralasan yang kita tidak mampu?

eh terpesong sedikit dari topik yang dipilih. Ana berpendapat saluran untuk kita menyampaikan dakwah perlulah berada di landasan yang betul. Jika landasan yang dipilih salah, adakah tersampai apa yang kita hendak sampaikan kepada orang lain? Dianalogikan, kita tahu makanan itu membentuk keperibadian diri. Makanan yang haram akan menyebabkan akhlak kita akan rosak. Sepertimana kisah sahabat Nabi :

Umar seorang yang sentiasa menjaga makan dan minumnya daripada sumber yang halal. Pada suatu hari ada seorang lelaki membawa secawan susu buat Umar. Kerana dahaga, baginda terus meminum susu itu tanpa mengetahui dari ia diperoleh. Sesudah meminum susu itu beliau berasa pelik dengan rasa susu itu.

Tanpa berlengah, Umar bertanya kepada lelaki itu: “Dari manakah kamu dapat susu ini?”

Kemudian lelaki itu menjawab: “Saya mendapat susu ini daripada pengembala unta yang duduk menunggu unta yang disedekahkan di padang pasir di sana. Unta-untanya itu meragut rumput di situ.”

Umar terkejut lalu menjolokkan jarinya ke dalam kerongkong memuntahkan air susu yang diminum.

Baginda berbuat demikian kerana tidak mengetahui asal usul pengembala dan rumput yang dimakan oleh unta itu milik siapa.

(sumber: http://ummusyifa.wordpress.com/2010/07/24/31-koleksi-kisah-sahabat-sayap-dari-syurga-di-siar-dalam-utusan-malaysia/)


Baiknya makanan kita, baiklah akhlak kita. Begitu juga dalam menyampaikan dakwah, cara kita betul maka orang yang mendengar akan terkesan akan penyampaian kita. Kita boleh menyampaikan dalam bentuk lisan, tulisan dan sebagainya..tapi jika kita menyampaikan dalam saluran dimana maksiat masih berlaku, bersentuh antara lelaki perempuan, zina mata, zina hati, malah perkara-perkara yang amat dibenci dan dilarang oleh Pencipta kita berlaku, apakah amalan kita ini akan diterima oleh orang lain? , lebih-lebih lagi Allah swt...

Bagi ana jika apa-apa pun yang kita hendak lakukan yang dimana kita fikir ianya baik tetapi nilai semula, adakah ianya memenuhi prasyarat ayat ini "MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA"...


Fikir-fikirkan lah..cara baik tidak mencukupi...Halal kah caranya? Haram kah caranya? Perkara ini tidak harus dipandang enteng sahaja. Perkara ini amat berat.tidak boleh memandang ringan..Jika cara kita salah mungkin kita akan menimbulkan fitnah..ingatlah, orang memandang kita.Lagi-lagi yang 'menyampaikan' kerana kita menjunjung nama islam. Apa yang kita lakukan kita kena ingat kita 'membawa' islam.


Ini sekadar pandangan ana. dan segala masukan boleh dikongsi..Segala silap dan salah ana mohon maaf.


Wallahu'alam