BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 24, 2011

~ No Title ~


Aku merindui...

Kala berjujuran air mata ini mengalir...
hanya kau sahaja yg mampu mengeringkannya..

Tika orang lain menjauhiku..
Kau mendekatiku..

Tika tiada temani tangisku..
Kau menangis bersamaku..

Tika orang mengatakan aku lemah kerana tangisan..
Kau mengetahui tangisku ini adalah ubatku..

Tika orang lain tidak memahamiku..
Kau amat memahami diri ini..
Sampaikan hati ini sungguh terharu..
masih ada insan di Bumi Allah ini yg mengerti diriku..

Tika ada orang yang membenci ku..
Kau genggam tanganku dengan titisan air matamu..
Kau minta maaf kerana tidak dapat menolongku..
TAPI bagiku kau amat membantuku..

itu dulu..zaman awal perkenalan kita..

Setiap waktu yang berlalu berlainan ujian dari-Nya

Kala ini...aku sentiasa bersamanya..
Aku juga bersama akhwat..
Damainya hatiku ini kerana adanya mereka..
Alhamdulillah atas nikmat-Mu ini Ya Allah..

Aku tidak mahu menjadi org yang rugi..
iaitu org yg tidak menghargai sahabat..
dan org yang mahu bersenang-lenang di Bumi..

Wallahu'alam

0 comments: