BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, June 18, 2011

~ Kisah pentarbiyahan diri ku ~

بسم الله الر حمن الر حيم

السلام عليكم

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah swt kerana dengan izinNya ana masih dapat meneruskan penulisan ana untuk berkongsi kepada pembaca...Selawat dan Salam kepada junjungan Nabi Muhammmad saw, para sahabat baginda, para keluarga baginda, para tabi'i tabi'in, dan seterusnya para ikhwah wal akhwat yang masih lagi tsabat dijalan dakwah...InsyaAllah untuk post kali ini ana ingin berkongsi kisah hidup ana ..istilah kawan ana ialah "U-Turn"...

Secara jujurnya, ana start terbuka hati untuk berubah semasa ana di Matrikulasi...Walaupun dah lama kenal dengan perkataan 'usrah' kerana setiap minggu ayah akan pergi usrah walaupun tidak mengerti apa itu usrah...Dan Alhamdulillah ana dikurniakan ibu bapa yang sentiasa menyuruh untuk menutup aurat...walaupun kadang-kala ana berdegil mahu memakai t-shirt lengan 3 suku...kerana dalam pemikiran ana lengan 3 suku itu lebih baik daripada lengan pendek...ana masih tidak mengerti...mungkin pemikiran budak sekolah yang kekurangan ilmu agama...Tetapi Alhamdulillah ibu bapa ana menyuruh ana membeli baju dibawah punggung dan sentiasa ana menurut kata mereka itu kerana ana tidak selesa memakai baju yang kecil...

Ok apabila masuk ke Matrikulasi, baru lah ana melihat akak-akak yang sopan menutup aurat yang lengkap...dan ana sentiasa melihat seorang kakak yang sama Lecture Hall dengan ana memakai tudung bidang 60...ana tertarik dengan penampilan akak itu..setiap hari..setiap kali kakak tersebut memasuki Lecture Hall dan duduk di depan akan ana perhatikan dari belakang sehingga lah dia duduk di kerusinya...Hati ana berdetik untuk memakai sepertinya..menutup aurat dengan sempurna...tetapi mungkin persekitaranku di sana membantutkan ana untuk berubah...ana tangguh niat itu...sehingga lah ana mengenali seorang lagi kakak..perwatakannya yang mempunyai sifat kepimpinan itu menarik perhatian ana..kerana seakan merasakan perwatakan ana yang mungkin sedikit serupa dengannya...beliau juga sempurna dalam menutup auratnya..InsyaAllah..Lalu ana berniat untuk memakai tudung bidang 50 sebagai permulaan pada sem 2 di Matrikulasi...tetapi mungkin tidak istiqamah...

Apabila memasuki Universiti...ana berniat untuk memakai tudung bulat...Alhamdulillah ana bertemu dengan akhwat-akhwat pada awal sem...jadi ianya lagi membuatkan ana mahu menutup aurat dengan sempurna...Alhamdulillah dengan izin-Nya, ana mula untuk memakai tudung bulat...dan ana juga telah menyertai Halaqah/Usrah di sana...Tetapi hati ini terasa masih kosong kerana perubahan zahir kenalah seiring dengan perubahan rohani...ana merasakan ilmu agama yang ana ada masih tipis...dan di Halaqah lah ana menambahkan tsaqafah..hati ana makin terasa perubahan yang berlaku dalam diri..semakin tenang di jalan-Nya...Jika dulu ana tidak mengenal hadis, sekarang ana dapat menghafal hadis...jika dulu ana tidak tahu mentadabbur al-quran dan hanya membaca tanpa memahami, sekarang ana dapat mengetahui Kata-kata Allah di dalam kitab Al-Quran dan berkongsi tafsirannya di Halaqah...Jika dulu ana lemah dalam sirah para sahabat, sekarang ana tahu serba sedikit tentang perang dan mengenali dengan lebih lagi Murobbi kita Nabi Muhammad saw..dan kalau dulu ana tidak mengamalkan mathurat, dhuha, kurang berzikir, bertahajud, dan sekarang ana sentiasa meningkatkan amalan harian (mutabaah) ana...


Dan Alhamdulillah sehingga sekarang ana masih lagi di jalan ini bersama akhwat-akhwat yang disayangi....dan ana masih istiqamah meneruskan apa yang ana lakukan...

Benarlah..."Perubahan kerana manusia itu tidak akan kekal"...Berubahlah kerana CINTA TERAGUNG kita...bukan manusia tetapi ALLAH SWT..


Wallahu'alam




.........................................................................................................................................

Oh Tuhanku
Tiada indah di malam yg ini
Melainkan dengan bermunajat kepadamu
Tiada indah suatu hari yg Aku lalui
kecuali dengan patuh kepadamu

Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
melainkan berzikir dan menyebut namamu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
kecuali dengan kempunan mu

Ya Allah Tuhanku
Yg merubahkanku Tetapkanlah
Hatiku Moga sentiasa
Dalam Agamamu
Jua taat akan perintahmu

Tuhan
Usah bebankan kami
Dengan bebanan yang berat
Seperti
Yang pernah kau berikan
kepada umat yang terdahulu Dari kami

Tuhan
Jangan Pikulkan Kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah Dosa-Dosa
Rahmatilah Kami

2 comments:

حيفا نظيره said...
This comment has been removed by the author.
az-Zahra said...

Moga terus tsabat dijalan-Nya... ameen...